CLOSE
CLOSE

'Salam Web' Perkhidmatan Suit Internet Pertama Di Dunia Yang 'Halal' Dan Patuh Syariah!

Lebih islamik!


  • Share:

'Salam Web' Perkhidmatan Suit Internet Pertama Di Dunia Yang 'Halal' Dan Patuh Syariah!
Pilihan lebih selamat buat muslim. (Gambar: Salam Web)
Jika anda mahukan pelayar web browser yang islamik dan patut syariah, maka anda wajib cuba Salam Web! Jenis perkhidmatan suit internet yang patuh Syariah ini adalah yang pertama di dunia. 

Pelayar web ini diperakui patuh syariah dan ekosistem digitalnya telah diiktiraf oleh Lembaga Penyeliaan Shariah Amanie, selaras dengan garis panduan Mi’yar Ekonomi Digital Islam, MDEC.

Pelayar ini membolehkan umat Islam di seluruh dunia membuat carian, berhubung, dan menyumbang dalam persekitaran dalam talian yang bebas dan selamat. 

Menghubungkan sesama ummah!
SalamWeb turut dibahagikan kepada pelbagai rangkaian perkhidmatan internet termasuk SalamWeb Browser, SalamNews, SalamChat dan SalamSadaqah.

Selain itu SalamWeb Browser turut  mempunyai ciri-ciri terbina seperti kompas kiblat, waktu solat dan suapan berita yang dikumpulkan dari sumber berita yang sahih. 

Ciri penting SalamWeb Browser ialah SalamProtect yang berfungsi sebagai penapis kandungan. 

SalamProtect mengingatkan pengguna pada kandungan yang tidak sesuai, membolehkan mereka membuat pilihan sama ada meneruskan atau menarik diri dari kandungan. 

user interface Salamweb.

Jika anda muat turun aplikasi Salam Web, anda akan lihat beberapa pilihan dan informasi disediakan dan antaranya waktu solat, arah qiblat, tahap sadaqah, cuaca dan keadaan trafik.

Di bawahnya pula dipaparkan potongan hadis dan berita-berita penting. Anda boleh muat turun bagi iOS dan Android.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top