CLOSE
CLOSE

Plug-in: Lebih Kecil Daripada Kertas A4, Namun Prestasi ASUS ZenBook Di luar Jangkaan Kami

Kualiti binaan yang premium!


  • Share:

Plug-in: Lebih Kecil Daripada Kertas A4, Namun Prestasi ASUS ZenBook Di luar Jangkaan Kami
Model Zenbook dalam kelompok dunia tech sememangnya sudah mempunyai nama baik kerana penghasilan laptop yang berkualiti. Tahun demi tahun, pelbagai inovasi telah dicipta.

Bagi line up 2019, ASUS menerusi model Zenbook muncul lagi dengan tiga varian iaitu ZenBook 13 (UX333), ZenBook 14 (UX433) and ZenBook 15 (UX533).  

Kami berkesempatan menguji model ZenBook 13 dan ulasan ini mungkin membantu anda jika mahu memilih laptop baru.
 

#1 ANDA AKAN KAGUM DENGAN KUALITI SKRIN


Antara kekuatan ZenBook adalah kualiti skrinnya. Bagi 2019, laptop sepatutnya dihasilkan seperti line up terbaru ZenBook iaitu penggunaan skrin tanpa bezel atau bingkai. 

Jika dilihat pada sisi, skrin laptop ini teramatlah nipis!

Disebabkan panel skrin ini dibesarkan dari keempat-empat sisi, maka keluasannya berjaya mencapai 95 peratus paparan. Skrin sebegini nampak lebih moden dan tajam dengan resolusi 1920 x 1080 pixel.

Sepanjang menggunakannya ia memang terasa lebih lebar dan kualiti warna juga vivid. Amat puas jika menonton filem atau Netflix biarpun hanya menggunakan model 13 inci. 

SAIZ KOMPAK, LEBIH KECIL DARI SAIZ A4!


“Weh keciknya laptop kau”

Yup, itulah yang sering diperkatakan oleh rakan-rakan saya apabila pertama kali melihat ZenBook 13. Bagi saiz 13 inci, ia adalah laptop paling kecil pernah dihasilkan di dunia! Ia hanya seberat 1.19kg dan setebal 16.9mm.

Namun, biarpun nampak kecil ia bukanlah sebuah laptop yang fragile. Malah, laptop ini dihasilkan dengan standard ketenteraan MIL-STD-810G yang lebih lasak dan kukuh.

Bagi pendapat saya, laptop ini memang terasa kukuh biarpun ia agak ‘langsing’ pada luaran. Material dan bahan digunakan pada setiap inci badan menjadikan ia terasa premium dan eksklusif.


Jika anda membuka laptop ini, anda akan perasaan ia akan terangkat sedikit disebabkan teknik ergo lift yang digunakan. Ia mungkin mengambil masa untuk anda sesuaikan terutama jika meletakknya di atas peha.

Sisi kanan terdapat audio jack, USB 2.0 Type A port, dan slot microSD manakala kiri pula terdapat power jack, HDMI port,USB C Gen 2 port dan USB 3.1 Type A port.


Papan kekecunci pula secara overall amat selesa dan menyenangkan. Mungkin antara yang paling selesa pernah saya guna. Biarpun kerangka laptop ini lebih kecil dari A4, ia dilihat tidak menjejaskan ruang pada papan kekunci.
 

FUNGSI UNIK PADA TOUCH PAD


Jika sebelum ini ASUS tampil dengan teknologi touch pad yang bertindak sebagai skrin kedua, kali ini ZenBook menjadi sedikit low profile dengan hanya menyertakan fungsi kalkulator saja pada touch pad.

Mengapa kalkulator? Mengapa tidak bukan? Memang lebih mudah sebenarnya dengan hanya satu sentuhan pada bucu touch pad. Tidak pasti untuk saya menggunakannya dengan kerap, namun jika memerlukan saya tahu ia berada di situ. 

DESIGN KECIL, PERFORMANCE BAGAIMANA?


Model yang saya guna ini dijana Intel generasi ke-8 dengan gabungan NVIDIA GeForce MX150. Ram pula RAM LPDDR3 8GB. Anda boleh semak model dengan spesifikasinya di bawah.


Secara keseluruhan penggunaan beberapa aplikasi yang kerap digunakan untuk kerja harian terasa lancar dan reliabale. Google Chrome, Spotify, YouTube, Photoshop semua digunakan serentak. Malah penggunaan aplikasi berat seperti Photoshop juga lancar!

Bagi saya untuk 2019, masalah lambat dan lengah masa khususnya untuk render gambar dan video harus dikurangkan oleh semua pengeluar. Nampaknya model ZenBook baru ini, kecil-kecil cili padi!

Dalam kebanyakan situasi ZenBook 13 beroperasi dengan bagus sekali dan hanya sesekali terasa ia menjadi sedikit panas. 

Oh jangan lupa, kualiti bunyi laptop ini juga not bad kerana ia dikuasakan dengan Harman Kardon.
 

KETAHANAN BATERI?


Nampak je kecil tapi laptop ini sepanjang penggunaan saya mampu bertahan agak lama dengan bateri sebesar 50Wh. Asus menyatakan ia mampu bertahan selama 14 jam dengan hanya satu cas. Jika anda memilih ZenBook 15 boleh bertahan 17 jam.

Penggunaan saya, laptop ini mampu bertahan sehingga 8-9 jam.
 

LAPTOP INI UNTUK SIAPA?


Kualiti laptop ini yang premium mengingatkan saya kepada produk jenama flagship yang berharga lebih daripada RM6000. Tiga variasi pada model ZenBook terbaru ini membolehkan anda memilih spesifikasi yang bersesuaian.

Laptop ini sesuai digunakan untuk individu yang mementingkan gaya dan pada masa sama mementingkan kualiti dan produktiviti. Biarpun nipis, laptop ini terasa amat berkualiti dan kukuh! 

Jika VivoBook S15 sesuai untuk pelajar atau individu yang lebih pentingkan gaya, ZenBook ini saya boleh katakan lebih kepada golongan professional.

Rating Rojak Daily: 4/5

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top