CLOSE
CLOSE

Baru Beberapa Jam Dilancarkan, Shawl Terbaru Neelofa Ini Sudah Cetus Pertikaian

Turban or tudung?


  • Share:

Baru Beberapa Jam Dilancarkan, Shawl Terbaru Neelofa Ini Sudah Cetus Pertikaian
Masih ingat lagi  kontroversi menimpa ikon televisyen, Neelofa tahun lepas?

Beliau dikecam selepas mengadakan majlis pelancaran koleksi tudung dan sambutan ulang tahun kelahiran ke-29 di sebuah kelab hiburan terkenal di ibu kota.

Namun itu kisah lama, Neelofa kini tampil dengan koleksi terbarunya digelar sebagai Nour By NH. Menerusi Twitter rasminya, Neelofa mengumumkan koleksi 2019 selendang sutera yang pertama dicetak oleh jenama terbabit.

Selendang ini tampil dengan 5 warna dengan reka corak wildflowers dan sudah boleh didapati dalam talian dan juga butik berdekatan.
Cantik bukan? Walau bagaimanapun reaksi daripada netizen nampak gayanya tidak begitu menggembirakan.

Rata-rata mereka merasakan gaya tudung lebih menarik berbanding gaya turban ditampilkan dalam iklan berkenaan. Mereka merasakan gaya berkenaan tidak menutup aurat sepenuhnya.

Anda boleh lihat komen-komen di bawah.
 

Sebenarnya selendang ini boleh digayakan dengan pelbagai cara dan terpulang kepada anda. Malah menerusi laman web naelofarhijab pun terdapat gaya tudung ditampilkan.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top