CLOSE
CLOSE

Plug-in: Galaxy Watch, Adakah Sekadar Gaya Semata-Mata? Ini Ulasannya

Antara yang terbaik dihasilkan Samsung.


  • Share:

Plug-in: Galaxy Watch, Adakah Sekadar Gaya Semata-Mata? Ini Ulasannya
Sebelum ini ramai menjangkakan jam pintar akan menemui kegagalan kerana sifatnya yang kurang 'tahan’ berbanding jam konvensional.

Namun beberapa syarikat besar nampaknya tidak berputus asa, malah mengeluarkan lebih banyak produk jam pintar. Antara yang terbaru di pasaran adalah Galaxy Watch daripada Samsung.

Jika anda terfikir untuk mendapat jam pintar ini kami sediakan ulasan penuh Galaxy Watch untuk anda pertimbangkan.

#1 REKAAN SOLID SEPERTI JAM KONVENSIONAL


Kerangka yang sungguh solid dan premium!
Berbanding Apple Watch, kelebihan utama Galaxy Watch adalah reka bentuk jamnya yang bulat dan tidak petak. Tidak semua menyukai jam yang petak dan Galaxy Watch mempunyai kelebihan disitu.

Jam ini hadir dengan dua saiz iaitu 42mm dan 46mm. Anda boleh pilih mengikut saiz pergelangan tangan anda.  

Model yang kami terima adalah model Silver hasil gabungan bahan metal. Butang sisi kiri dan kanan mempunyai tekstur yang sungguh solid!

Jika dibandingkan dengan model terdahulu iaitu Galaxy Gear S3, model kali ini kelihatan lebih premium. Ditambah pula dengan material tali jam yang selesa, ia menjadikan penggunaan harian lancar. Skrin juga berada di tahap top notch dengan paparan Super Amoled! 

#2 ROTATING BEZEL, KEKUATAN UTAMA GALAXY WATCH


Lebih mudah dengan fungsi rotating bezel.
Satu perkara yang paling unik dan awesome tentang Galaxy Watch adalah fungsi rotating bezel! Bulatan bezel bukan hanya sekadar hiasan luaran, ia sebenarnya berfungsi sebagai pergerakan antara muka (user interface).

Fungsi ini bukanlah kali pertama dikeluarkan, namun ia masih memberi keterujaan untuk menggerakkannnya setiap kali menggunakan jam.
Ia kadang kala lebih cepat berbanding menggunakan sentuhan jari terutamanya ketika memilih aplikasi atau widget.

#2 OS TIZEN SEMAKIN BAGUS



Satu perkara yang penting untuk anda tahu adalah jam pintar ini tidak dikuasakan dengan sistem operasi Android yang dikenali sebagai Wear OS.
Galaxy Watch sebaliknya dijana sistem operasi Tizen. Peranti ini boleh digunakan pada peranti Android 5.0 ke atas serta iPhone iOS 9 ke atas.

Secara keseluruhannya sistem operasi ini amat lancar dan berjaya melakukan tugas-tugas harian dengan baik. Paling penting, ia juga menyediakan pelbagai pilihan aplikasi termasuklah aplikasi fitness serta antara muka jam (Watch Face).

Jika anda menggunakan peranti Samsung, anda akan menerima fungsi penuh aspek kesihatan termasuklah koleksi 21 senaman indoor serta 39 senaman luar.

#3 TEMAN FITNESS YANG BOLEH DIHARAPKAN


Peranti yang bagus untuk senaman anda.
Menyentuh mengenai aspek fitness, secara jujurnya Galaxy Watch tidak akan mengganti peranti senaman seperti Garmin atau Suunto jika anda seorang yang aktif dalam aktiviti sukan seperti marathon.

Namun jika anda berada di antara fitness junkie dan kasual, jam ini pilihan yang terbaik.

Selain merekod denyutan nadi, ia juga boleh mengukur kadar stres serta memantau kualiti tidur anda. Bagaimanapun saiznya yang agak besar dirasakan tidak begitu sesuai untuk dibawa tidur.

#4 KETAHANAN BATERI LEBIH BAIK TETAPI...


Bateri not bad!
Jika ditanya mengenai faktor utama mengapa pengguna mengelak membeli jam pintar adalah aspek ketahanan bateri. Kebanyakan jam pintar sebelum ini tidak mampu untuk bertahan sekurang-kurangnya 2 hari.

Berbeza bagi Galaxy Watch ini, ia kini mempunyai ketahanan bateri yang lebih baik berbanding Gear S3.

Sepanjang saya menggunakannya selama dua minggu, ia mampu bertahan antara 3-4 hari.  Ia boleh dikatakan agak bagus untuk jam pintar yang mempunyai pelbagai fungsi.

Secara keseluruhannya, Galaxy Watch hampir sempurna. Jika diletakkan pada kategori kasual, tidak mustahil ia antara pilihan pertama pengguna. Bukan saja style di luar, malah fungsinya sebagai medium hiburan serta fitness juga cukup rencah.

Malah ketahanan bateri juga menjadikan Galaxy Watch antara pilihan terbaik biarpun saya merasakan jam pintar patut bertahan sekurang-kurangnya 4 hari ke atas.

KEKURANGAN?

Jika ditanya mengenai kekurangan, mungkin beberapa aplikasi pada Tizen Os tidak dioptimasi sepenuhnya. Contohnya seperti spotify yang tidak boleh didaftar masuk biarpun beberapa kali mencuba.

Fungsi Bixby pula seperti tidak begitu meyakinkan. Selain itu, ketiadaan pembayaran Magnetic Secure Transmission (MST) juga menyebabkan peranti ini kurang menyengat.

Bayangkan jika anda membuat pembayaran menggunakan jam, sudah tentunya lebih cool. Ya, Samsung Pay masih ada NFC, namun penggunaan mesin NFC masih lagi terhad khususnya di Malaysia.

Rating Rojak Daily: 4/5
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top