Jangan Risau, Sarang Lebah Di KLIA2 Telah Dibersihkan

Sebelum lebah, KLIA2 diganggu oleh tikus dan ulat.


  • Share:

Jangan Risau, Sarang Lebah Di KLIA2 Telah Dibersihkan

Baru-baru ini tular sekeping gambar sekumpulan lebah yang memenuhi ruang di Bay Q4, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Sarang lebah di KLIA2.

Susulan daripada perkara yang boleh membahayakan penumpang dan kakitangan lapangan terbang itu, pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah pun berjaya dihapuskan dengan kaedah pengasapan oleh pasukan kawalan serangga pada pukul 8 malam semalam.

  Sarang yang telah dibersihkan.

Terdahulu, gambar itu telah menarik perhatian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes yang menyelar,"Kita ada lebah di KLIA2. Kita ada ulat sampah, tikus dan sekarang lebah. Mungkin sebuah zoo atau madu KLIA2", tulisnya di Twitter.

 

Sebelum lebah, terdapat beberapa aduan lain mengenai haiwan tikus yang menguis lantai permaidani sebuah ruang rehat di KLIA2 serta ulat sampah di tong sampah yang tular di laman sosial.

 

Menurut MAHB lagi, keselamatan dan komuniti lapangan terbang sentiasa menjadi keutamaan mereka. Aktiviti menghalau lebah itu juga kebiasaannya dilakukan pada sebelah malam atas tujuan keselamatan.

 

"Kami mengucapkan selamat malam. Jika anda menaiki penerbangan tengah malam, nikmati penerbangan anda", tulis mereka lagi.

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top