Uncang Udang Bersama Sos Manis Beri Kejutan Rasa

Cicah bersama sos manis Thai.


  • Share:

Uncang Udang Bersama Sos Manis Beri Kejutan Rasa

Menu ini bukan biasa-biasa guys. Uncang udang bersama sos manis sememangnya paling unik untuk dibuat pembuka selera.

 

Bersempena tahun baru ini, cuba kelainan dengan menghidangkan hidangan udang berbalut kulit popiah dicelup sos manis Thai. Amboi, dengar nama sahaja dah cukup buat kami terliur.

 

Inilah resipi Aunty Aini dan Adam Didam minggu ini, jom kita sama-sama belajar buat uncang udang bersama sos manis.

 

Bahan-bahan:

  • ​Udang cincang
  • Daging ayam cincang
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 5 ulas bawang putih
  • 3-5 batang akar ketumbar
  • 1 sudu besar sos soya cair 
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Kulit popiah
  • Daun bawang
  • 1 cawan sos manis Thai
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah (Dicincang)
  • 1 sudu besar daun ketumbar (Diracik)

Cara Memasak:

  1. Campurkan isi udang dan isi ayam yang telah dikisar.
  2. Masukkan sos ikan, kicap cair dan serbuk lada hitam kemudian gaul rata.
  3. Tumbuk akar ketumbar sehingga halus dan campurkan ke dalam bahan mentah.
  4. Isikan bahan mentah ke atas kulit popiah di bahagian tengah.
  5. Ikat uncang dengan menggunakan daun bawang yang telah dicelur.
  6. Goreng uncang di dalam minyak penuh yang telah panas sehingga kuning keemasan.
  7. Untuk sos, campur sos manis Thai dengan bawang putih, cili dan daun ketumbar yang telah dicincang kesemuanya.
  8. Siap untuk dihidang.
Aunty Aini dan Adam Didam. 

Makin berselera tetamu atau keluarga anda saat menikmati uncang udang penuh perisa. Mahukan lagi resepi-resipi yang lazat dan mudah seperti ini, jangan lupa saksikan program RASA bersama Aunty Aini dan Adam Didam pada setiap hari Isnin, jam 12 tengahari hanya di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top