Blusher Laris Dijual Dalam Masa Empat Minit, Kenali Pengasas Dan Jenama Kosmetik BeauTYRA

Kongsi rahsia bisnes bersama Tokti, Izara Aishah dan Tya Arifin.


  • Share:

Blusher Laris Dijual Dalam Masa Empat Minit, Kenali Pengasas Dan Jenama Kosmetik BeauTYRA
Foto: Instagram @tyrakrzmn dan @beautyraofficial

Impian tidak akan jadi kenyataan tanpa adanya usaha. Buat pengasas dan pemilik jenama kosmetik BeauTYRA, Tyra Kamaruzzaman boleh berbangga kerana dari minat bersolek, maka lahirkan jenama kosmetik ini.

Anak bongsu dari lima beradik ini sudah pandai mencari duit sendiri sejak dari berumur 14 tahun lagi. Kini sudah berusia 20 tahun, gadis kelahiran Kuala Lumpur ini sakan melancarkan jenama kosmetiknya sendiri, BeauTYRA.

 kecil-kecil cili padi.

Baru sahaja dilancarkan pada 25 Julai 2018, BeauTYRA buat kemunculan pertamanya dengan mengeluarkan pemerah pipi. Berkesempatan bertemu Tyra di sebuah majlis Shopee baru-baru ini, kami sempat menemubual gadis ini.

 

Minat bersolak sejak dari sekolah menengah, pemerah pipi adalah alat solek yang wajib dipakai untuk ke mana sahaja. "Orang selalu tanya blusher apa saya pakai jadi dari situlah saya dapat idea untuk mengeluarkan blusher jenama sendiri."

 

"Alhamdulillah, respond yang saya terima cukup memberangsangkan. Pertama kali dilancarkan pada bulan Julai tahun lepas, ia laris dijual dalam masa satu hari dan lebih menarik apabila pemerah pipi edisi terhad 'Unicorn', kami keluarkan 1,000 unit dan ia habis dalam masa empat minit sahaja.

 Pemerah pipi BeauTYRA

Kurang daripada 10 pekerja yang mengendalikan BeauTYRA kini, mereka menggunakan Shopee sebagai medium jual beli. Sehingga kini, pemerah pipi BeauTYRA terdiri dari tiga warna iaitu 'Mermaid', 'Flamenco' dan 'Feline', termasuk satu koleksi editi terhad, 'Unicorn'. 

 

Selain pakej luarannya yang comel, gambar kempen BeauTYRA juga tular di laman sosial. Jarang kita lihat produk kosmetik menggunakan wanita kebanyakan sebagai model, langkah yang diambil oleh Tyra membuka mata ramai bahawa cantik itu subjektif dan ada pada setiap orang.

 Meraikan wanita menerusi poster kempen.

Menggunakan enam wanita sebagai model utama, inspirasi di sebaliknya adalah meraikan wanita. "Saya mahu meraikan kepelbagaian wanita. Saya menggunakan wanita dari berbeza warna kulit, berbeza saiz agar kita semua lebih menghargai wanita. Saya buka pencarian model ini dan mereka perlu menghantar penyertaan dan enam inilah yang dipilih", jelasnya lagi.

 

Tyra juga dikenali kerana teman lelakinya, Aazief Khalid. Buat anda yang tidak mengenali siapa Aazief, dia merupakan anak kepada Dato' Sri Khalid Mohamad Jiwa dan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nuhaliza. Sokongan daripada Aazief sangat membantu Tyra untuk mengapai lagi impiannya. "Walaupun Aazief di London, dia mengambil tahu perkembangan produk ini dan masa blusher laris dalam masa empat minit tu, dia terkejut betul!"

 Tyra dan Aazief di London.

Untung ada bersama keluarga Aazief yang dikenali sebagai keluarga bijak berniaga, Tyra juga bersyukur mendapat sokongan daripada Izara Aishah yang turut mempunyai jenama lipstick sendiri, Tya Arifin dengan jamunya dan Tokti yang terkenal dengan jenama 'SimplySiti'.

 

Gadis manis ini sememangnya tidak membazir waktu untuk menikmati hari-harinya. Di samping berniaga, Tyra turut mencari duit poket tambahan sebagai model sambilan dan personaliti media sosial.

 Turut bergelar model sambilan dan personaliti sosial media.

Bukan sahaja mahu terhad mengeluarkan pemerah pipi, impian Tyra adalah untuk mengeluarkan rangkaian kosmetik serta penjagaan kecantikan untuk masa-masa akan datang. Anda boleh ikuti perkembangan Tyra menerusi laman Instagramnya, @tyrakmrzmn ataupun BeauTYRA di @beautyraofficial.

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top