Cantik Tapi Tak Ori? Gambar Pembedahan Plastik Miss Universe Venezuela 2018 Tersebar

Hidung dan dagu asal jauh berbeza.


  • Share:

Cantik Tapi Tak Ori? Gambar Pembedahan Plastik Miss Universe Venezuela 2018 Tersebar

Cantik tapi tak asli? Itu yang diperkatakan apabila beberapa keping gambar pembedahan plastik 'sebelum dan selepas' tempat ketiga Miss Universe 2018, Sthefany Gutierrez dari Venezuela tersebar di laman sosial.

 

Gambar-gambar tersebut dimuat naik di laman Instagram Dr. Froilan Paez, seorang doktor pakar 'aesthetic and functional nasal surgery' seperti yang tertulis di laman Instagramnya.

 Gambar sebelum dan selepas.

Empat keping gambar sebelum dan selepas itu memperlihatkan Sthefany telah 'mengubah suai' hidung, bibir dan dagunya agar kelihatan lebih cantik.

 

Lebih membuatkan netizen dunia berkata apabila Sthefany turut memberikan komen pada gambar tersebut. Tulisnya, "Terima kasih atas perhatian dan kerja yang bagus. Terbaik! Jumpa nanti."

 Naikkan tulang hidung dan panjangkan dagu.

Gambar tersebut yang dimuat naik pada 25 Disember yang lalu telah menerima hampir 23,000 likes dan 2,700 komen setakat ini.

 

Rata-rata komen netizen terkejut dengan wajah 'sebelum' Sthefany Gutierrez.

 Menang tempat ketiga.

Pertandingan ratu cantik berprestij, Miss Universe 2018 telah diadakan di Bangkok Thailand dan Miss Universe Venezuela terpaksa berpuas hati dengan tempat ketiga apabila kalah di tangan Miss Universe Filipina, Catriona Gray. Tempat kedua menjadi milik Afrika Selatan.

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top