Wilayah Persekutuan Putrajaya Ada Tarikan Terbaru, Arca Putrajaya

Berdiri teguh di belakang, kibaran Jalur Gemilang!


  • Share:

 Wilayah Persekutuan Putrajaya Ada Tarikan Terbaru, Arca Putrajaya

Putrajaya menjadi pilihan ramai untuk menghabiskan masa di hujung minggu. Selain Jambatan Putrajaya, Tasik Putrajaya dan Astaka Morocco, kini muncul mercu tanda baru bagi Wilayah Persekutuan ini, iaitu Arca Putrajaya.

  Tarikan terbaru Putrajaya, Arca Putrajaya.

Dibina di Dataran Putra, Presint 1, ia menjadi 'landmark' bagi pusat pentadbiran kerajaan persekutaan, sama seperti arca-arca tulisan kota popular di dunia.

  Arca terkenal di Amsterdam.

Arca yang dibina daripada besi tahan lasak ini berketinggian 2.4 meter (lapan kaki) yang dikukuhkan dengan asas tapak huruf berkelebaran 1.5 meter (lima kaki) dengan panjang keseluruhan huruf menjangkau 22 meter (66 kaki).

  Bercahaya di waktu malam.

Belatarbelakangkan Bangunan Perdana Putra yang menempatkan pejabat Perdana Menteri, arca yang direka bentuk dengan imej abstrak berwarna warni itu memaparkan keunikan paparan imej grafik yang boleh di tukar ganti.

 

Di belakang perkataan Putrajaya itu juga berdiri teguh kibaran Jalur Gemilang, sesuai untuk menggambarkan semangat cintakan negara.

  Terletak di hadapan Bangunan Perdana Putra, Presint 1.

Baru sahaja dilancarkan, majlis pelancaran disempurnakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dan turut dihadiri Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Dr Aminuddin Hassim.

 

Tercetus daripada hasil inspirasi pegawai-pegawai muda PPj, arca itu turut menjadi manifestasi keutuhan Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan persekutuan sejak dibangunkan pada 1995.

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top