CLOSE
CLOSE

Kanak-Kanak Paling Cantik Raih Gelaran Wanita Tercantik Dunia

Bintang Indonesia, Raisa dan Chelsea Islan turut tersenarai.


  • Share:

Kanak-Kanak Paling Cantik Raih Gelaran Wanita Tercantik Dunia
Foto: Instagram @thylaneblondeau

Model yang pernah dilabel sebagai kanak-kanak paling cantik di dunia pada usia enam tahun, Thylane Blondeau, kini dinobat wanita paling cantik di dunia.

Wanita paling cantik di dunia.

Kini berusia 17 tahun, Blondeau menerima pengiktirafan itu daripada salah satu portal gaya hidup paling besar di dunia, TC Candler.

  

Blondeau merupakan anak kepada pasangan pemain bola sepak Perancis, Patrick Blondeau dan pereka fesyen, Veronica Loubry.

 Wanita kelahiran Perancis.

Wajah jenama pakaian Juicy Couture ini sudah mula memperaga secara profesional sejak kanak-kanak dan dipilih sebagai penghias muka depan majalah Vogue Perancis pada usia 10 tahun.

 

Wanita paling cantik di dunia tahun 2017, Liza Soberano dari Filipina berada di tempat keempat.

 

Antara nama lain yang berjaya menembusi senarai 100 wanita paling cantik ini adalah penyanyi Indonesia, Raisa di tangga 93, pelakon Indonesia Chelsea Islan di tangga 77 manakala pelakon Bollywood Deepika Padukone dan Priyanka Chopra masing-masing di tangga 61 dan 47.

 Bintang Bollywood, Deepika Padukone di tangga ke-61.

Bagi kategori lelaki paling kacak pula, bintang Aquaman, Jason Momoa dinobatkan lelaki paling kacak manakala ahli BTS, Jungkook berada di tempat kedua dan pelakon Idris Elba di tangga ketiga.

 Aquaman, lelaki paling kacak.

Mereka yang berada dalam kedua-dua senarai ini dipilih daripada lebih 85,000 calon dari seluruh dunia.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top