CLOSE
CLOSE

Taiping Wakili Malaysia Raih 100 Destinasi Terbaik Pelancongan Eko Dunia 2018

Tahniah negeri Perak!


  • Share:

Taiping Wakili Malaysia Raih 100 Destinasi Terbaik Pelancongan Eko Dunia 2018
Foto: gowhere.my dan The Thrifty Traveller

Tahniah orang negeri Perak! Jika dahulu Ipoh berada dalam senarai tempat yang perlu dilawati, kini giliran Taiping untuk bersinar.

 

Mewakili satu-satunya bandar bagi negeri Perak dan Malaysia, Taiping tersenarai antara 100 destinasi terbaik pelancongan eko dunia dalam Green Destination ITB Award 2018.

 Taman Tasik Taiping yang terkenal.

Anugerah tersebut dikendalikan oleh ‘Green Destination Foundation’ dan adalah satu inisiatif kerjasama ‘Green Destinations, European Centre for Eco & Agro Tourism (ECEAT) dan Coastal & Marine Union - EUCC yang berpangkalan di Netherland.

 

Memetik laporan Astro Awani, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Datuk Abd Rahim Md Ariff telah menerima kiriman e-mel yang memaklumkan kejayaan itu pada 21 Disember yang lalu.

 Alam semulajadi di Taiping masih terpelihara.

“Majlis mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan inisiatif ini,” katanya.

 

Sebelum anugerah ini, Taiping telah menerima Sijil Pematuhan ASEAN Clean Tourist City (ACTC) Standard 2017 pada Disember tahun lalu.

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top