Berita Baik Buat Peminat Doreamon! Komik Edisi Terbaru Kini Kembali

Legend kembali!


  • Share:

Berita Baik Buat Peminat Doreamon! Komik Edisi Terbaru Kini Kembali
Sesiapa yang lahir pada sekitar 90-an pastinya akan mengingati siri kartun paling legend, Doraemon!

Ia mengisahkan tentang seorang kanak-kanak bernama Nobita Nobi seorang yang pemalas. Tiba-tiba muncul sebuah robot berbentuk kucing dari abad ke-22 bernama Doraemon datang untuk membantu Nobita dalam kesusahan dan menyelamatkan masa depannya.

Populariti Doraemon menjadikan ia sebagai satu daripada manga terlaris dunia, malah lebih 100 juta salinan telah terjual.

Edisi baru yang lebih padat!Bagaimanapun di Malaysia, industri penerbitan mengalami sedikit kesukaran hingga memberi kesan kepada syarikat terjemahan komik negara, Tora Aman.

Untuk makluman, Tora Aman ditubuhkan sekitar tahun 1993 dengan pelepasan manga Doraemon. Pada April 2017 Tora Aman terpaksa melelong komik Doeramon sehingga RM2.

Insiden itu boleh dikatakan sebagai zaman kejatuhan komik terbabit.

Impak kemunculan platform online.
Namun, baru-baru ini komik Doraemon nampak gayanya telah membuat kemunculan semula apabila seorang pengguna Twitter mendedahkan gambar koleksi komik edisi baru yang dijual.
Menurut tweet Khairul Nazmi terdapat koleksi Doreamon memasuki pasaran dan ia termasuklah edisi terkini iaitu November dan Disember.

Jika anda mahu mendapatkannya, komik Doraemon keluaran Gempak Starz ini hanya boleh didapatkan di Popular Bookstore seluruh Malaysia dengan harga RM10.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top