Miss Universe 2018 Milik Filipina, Ini 7 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Catriona Gray

Menewaskan Venezuela dan Afrika Selatan.


  • Share:

Miss Universe 2018 Milik Filipina, Ini 7 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Catriona Gray
Foto: Twitter dan Instagram @catrionagray

Mahal na mahal kita, Miss Universe Filipina! Catriona Gray, Miss Universe Filipina telah dinobatkan sebagai Miss Universe 2018 yang baru sahaja berlangsung di Impact, Muang Thong Thani, Bangkok.

Miss Universe 2018, Catriona Gray.

Dimahkotakan oleh Miss Universe 2017, Demi-Leigh Nel-Peters, Catriona menewaskan dua saingan di peringkat Top 3 iaitu Venezuela dan Afrika Selatan.

 Ratu keempat dari Filipina!

Cantik, berbakat dan bijak, ini yang anda perlu tahu tentang Miss Universe 2018, Catriona Gray dari Filipina.

 
  1. Catriona Gray, 24, merupakan ratu keempat dari Filipina yang telah dinobatkan sebagai Miss Universe. Terdahulu, Pia Wurtzbach berjaya mengharumkan nama Filipina dengan menyandang gelaran Miss Universe 2015.

  2. Berdarah campuran Filipina dan Scotland, bapanya Ian Gray merupakan warga Scotland manakala ibunya Normita Magnayon merupakan rakyat Filipina. Dilahirkan di Cairns, Australia, Catriona pindah ke Filipina ketika usianya 18 tahun.

    Catriona bersama kostum kebangsaan.
  3. Dikenali dengan cara jalannya yang tersendiri, Catriona menjadi popular selepas gaya 'slow-mo twirl' nya ketika sesi pakaian renang tular di laman sosial.

  4. Sangat dekat dengan masyarakat di negaranya, Catriona sangat aktif sebagai aktivis HIV/AIDS di Love Yourself PH. Dia juga merupakan seorang pembantu guru kepada para pelajar di Young Focus, sebuah badan NGO yang membantu kanak-kanak tidak bernasib baik untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik. 

    Bedarah kacukan Scotland dan Filipina.
  5. Suka makan! Catriona amat menggemari makanan tradisional Filipina seperti adobo, balut dan buah tempatan mangga manis. 

  6. Antara cita-cita murninya termasuklah menghentikan masalah kemiskinan di Filipina. Mempunyai projek sendiri yang diberi nama Paraiso: The Bright Beginnings Project, Catriona bekerja keras untuk mengumpul dana bagi pra-sekolah dalam usaha mengurangkan masalah kemiskinan terutamanya bagi kanak-kanak.

    Aktif membantu kanak-kanak miskin.
  7. Suka mengembara! Catriona gemar melancong serata dunia dan menulis tentang penggembarannya di dalam blog miliknya, Cat'elle. Catriona akan terbang menggembara bersama teman lelakinya, Clint Bondad. 


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top