CLOSE
CLOSE

Perkahwinan Anak Lelaki Terkaya Asia Ini Bernilai RM418 juta - Siap Jemput Beyonce

'Murah' sikit berbanding perkahwinan Putera Charles dan Puteri Diana.


  • Share:

Perkahwinan Anak Lelaki Terkaya Asia Ini Bernilai RM418 juta - Siap Jemput Beyonce
Foto: Instagram @beyonce dan economictimes.indiatimes.com

Kalau dulu kami pernah membongkar rahsia rumah paling mahal bernama Antalia milik lelaki paling kaya di Asia, Mukesh Ambani, ini pula kisah majlis perkahwinan anak perempuannya, Isha Ambani.

 

Majlis pra-perkahwinan Isha Ambani, 27 bersama pasangannya, Anand Piramal, 33 yang juga merupakan anak seorang usahawan terkaya India dilaporkan bernilai RM418 juta!

 Majlis pertunangan diadakan di Tasik Como, Itali.

Majlis pra-perkahwinan Isha turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti antarabangsa termasuklah Beyonce yang turut mengadakan konsert peribadi ketika majlis itu.

 

Menurut sumber, Beyonce menyanyikan beberapa rangkaian lagu popularnya seperti "Crazy In Love" dan "Naughty Girl" sambil memakai persalinan tradisi india yang direka oleh Abu Jani dan Sandeep Khosla.

 Benyonce turut membuat persembahan.

Selain Beyonce, antara tetamu VIP lain yang hadir termasuklah bekas Presiden Bill Clinton, bersama isteri Hillary Clinton, pasangan Nick Jonas dan Priyanka Chopra, pasangan Deepika Padukone dan Ranveer Singh, pemain kriket India, Sachin Tendulkar, Ketua Eksekutif 21st Century Fox, James Murdoch serta Aishwarya Rai Bachcan.

 Pengantin bersama kedua-dua belah keluarga.

Tetamu majlis itu dikatakan diterbangkan khas dengan 100 buah pesawat peribadi sebelum dibawa ke majlis dengan menaiki kenderaan mewah.

 

Jumlah ini dikatakan 'hanya' sedikit lebih murah daripada pernikahan Putera Charles dan Puteri Diana 37 tahun lalu, yang bernilai 460 juta.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top