Warna memainkan peranan penting dalam hidup kita. Jika warna violet dipilih sebagai warna bagi tahun 2018, kini warna untuk tahun 2019 juga telah diperkenalkan.
Terang menyala namun masih lembut, Pantone 16-1546 Living Coral merupakan warna untuk tahun 2019!
Mewakili moden dan kuat dalam sisi kelembutan,Living Coral merupakan warna yang 'sejuk mata memandang' dalam kehidupan kini yang serba pantas.
Bagi Pantone, pilihan warna ini bukan sekadar bakal membentuk trend bagi keseluruhan tahun 2019 malah ia juga menjadi penanda aras bagi pembentukan budaya masyarakat.
Warna batu karang yang sering dijumpai oleh para penyelam skuba di bawah laut ini membangkitkan keselesaan serta positiviti untuk sesiapa sahaja kelihatan hebat.
Untuk anda yang mahu menjadi trendsetter, warna Living Coral patut ada di dalam almari anda. Sama ada baju, tudung, kasut, aksesori ataupun dekorasi rumah, warna ini sesuai dipadankan untuk apa jua acara dan keadaan.