[EDISI TERHAD] Tak Sangka Gabungan Milo Dan Budu Sesedap Ini! Kalau Berani Try Lah!

  • Share:

[EDISI TERHAD] Tak Sangka Gabungan Milo Dan Budu Sesedap Ini! Kalau Berani Try Lah!

Pernah tak terfikir untuk makan kepingan ayam bersalut milo dan kemudiannya dicicah bersama budu? Kedengaran pelik bukan?

Namun, itulah yang bakal dihidangkan kepada anda tidak lama lagi apabila myBurgerLab (MBL) bakal mengeluarkan menu ‘The Milo-Coated Chicken Strips with Budu Dip’. (Atas permintaan okay!)

Berani cuba?
Untuk pengetahuan anda, resipi ‘gila’ hasil dari unit R&D MBL ini pernah muncul ketika pesta ayam goreng aka Ayam Lejen yang berlangsung bulan lalu.

Macam biasalah bila Milo digabungkan dengan budu, memang agak pelik. Namun bila cuba makan, semua tergamam termasuklah kami di Rojak Daily!

Kami berkesempatan untuk merasa sendiri dan jangan terkejut kerana gabungan rasa ayam disalut milo dan dicicah budu ini sebenarnya sedap!

Jangan pandang luaran je, sedap okay!
Budu tu bukanlah seperti yang kita makan bersama nasi, namun ia lebih kepada sos pekat yang rasa seperti tomyam. (masam dan manis bergabung)

Milo pula tidaklah terlalu banyak, hanya ditabur secukup rasa. Bagi kami gabungan dua perisa ini saling melengkapi!

Anda boleh cuba bermula 10 Disember ini!
Jadi bagi anda yang tertanya-tanya bagaimanalah rasa ‘The Milo-Coated Chicken Strips with Budu Dip’ ini, menu ini akan mula berada di pasaran selama seminggu dari 10 hingga 16 Disember.

Oh ya, jangan lupa saksikan reaksi kami mencuba ‘The Milo-Coated Chicken Strips with Budu Dip’ yang akan dimuat naik tidak lama lagi.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top