Individu Paling Gagah Asia Tenggara Milik Pegawai Tentera Dari Malaysia!

  • Share:

Individu Paling Gagah Asia Tenggara Milik Pegawai Tentera Dari Malaysia!
Selepas kejayaan Mohd Redha Rozlan atau Mat Redho dalam pertandingan Grand Final Liga Cabaran Ninja 2018 (NCL) di Australia baru-baru ini, Malaysia sekali lagi menjadi sebutan ramai apabila satu lagi juara muncul.

Pegawai tentera, Mohd Saddam Mohd Pittli, 27, dinobatkan sebagai Individu Paling Gagah Asis Tenggara bagi pertarungan  'R U Tough Enough? Asia Tenggara' yang berlangsung di Orange Concourse, Sunway Pyramid baru-baru ini.

Kemenangan pemuda ini bukan calang-calang kerana Mohd Saddam berjaya menundukkan 21 finalis lain dari Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Beliau membawa pulang hadiah utama bernilai US$15,000 (RM62,438).

Menurut Mohd Saddam, kejayaan ini hasil daripada sokongan yang padu daripada isteri dan keluarganya.

Cayalah!
“Saya terlampau teruja sehingga menangis sewaktu mereka mengumumkan nama saya. Walaupun saya telah banyak memenangi maraton dan perlumbaan, tetapi pertandingan ini paling bermakna buat saya.

"Dengan wang hadiah utama ini, saya merancang untuk membeli peralatan untuk membina ‘bootcamp’ mini saya sendiri bagi membantu rakyat Malaysia yang ingin mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat," katanya.

R U Tough Enough? Asia Tenggara dipersembahkan oleh Fisherman’s Friend, KIX HD (Saluran Astro 729), rakan kecergasan Celebrity Fitness, penaja lokasi Sunway Pyramid, dan rakan hotel rasmi Dorsett Grand Subang. 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top