The Coffee Bean & Tea Leaf Perkenal Menu Baru, Ini Tiga Minuman Pilihan Kami

  • Share:

The Coffee Bean & Tea Leaf Perkenal Menu Baru, Ini Tiga Minuman Pilihan Kami

The Coffee Bean & Tea Leaf (CB&TL) meraikan musim cuti sekolah dan perayaan dengan kempen 'This Holiday, Our Home is Your Home'.

 

Bersempena ini juga, seleksi menu makanan dan minuman baharu diperkenalkan bagi mengalu-alukan kehadiran anda di rangkaian CB&TL seluruh Malaysia.

 

Pelbagai hidangan enak disediakan untuk hidangan anda antaranya Velvet Cookie Cheesecake, Rasberry Bream Log, Spice Kissed Cupcake, Snow Frost Kraffin dan pelbagai variasi biskut.

 

Berkesempatan hadir ke majlis pelancaran menu baharu CB&TL, kami turut mencuba seleksi minuman enak mereka. Daripada pelbagai menu minuman baharu yang diperkenalkan, ini tiga minuman pilihan kami.

 

1. Midnight Cookies & Cream Ice Blended

Serius, sedap!

Gabungan coklat gelap dan biskut hancur yang pasti cair di mulut, ia sememangnya menjadi kegemaran ramai orang tak kira tua atau muda.

 

2. Double Chocolate Peppermint Ice Blended

Rasa daun pudina yang segar!

Letusan rasa di dalam mulut! Rasa kaya coklat dan pudina dihidangkan dalam ice blended, ini yang anda perlukan apabila cuaca panas. Memang menyegarkan.  

 

3. Double Chocolate Peppermint Latte 

Wajib cuba.

Penggemar kopi harus cuba ini. Tidak langsung kedekut coklat, setiap hirupan dipenuhi enaknya rasa kopi, gabungan coklat dan disulami rasa pudina di hujungnya.

Dapatkan menu-menu enak di rangkaian DB&TL berhampiran anda dan nikmati kemeriahan musim perayaan dan cuti sekolah bersama keluarga. 

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top