Malaysia Pamer Prestasi Luar Biasa, Gelaran Miss World 2018 Semakin Dekat

  • Share:

Malaysia Pamer Prestasi Luar Biasa, Gelaran Miss World 2018 Semakin Dekat
Foto: Instagram @larissaping

Anak Sarawak yang mewakili Malaysia di pentas Miss World 2018, Larissa Ping nampaknya semakin menunjukkan sinar-sinar kejayaan.

 

Pamer prestasi luar biasa di Sanya, China, gadis berusia 19 itu berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Top 30.

 Beauty with a purpose.

Selain Malaysia, antara negara lain yang layak ke Top 30 adalah Mauritius, Bangladesh, Singapura, Mexico, Venezuela, Chile, India, Thailand dan Uganda.

 

Setakat ini prestasi cemerlang Larissa termasuklah Top 5 Best Talent, Top 5 Best Designer, Top 32 Top Model, Top 10 Mobstar dan berjaya mengenepikan peserta dari Guadeloupe dalam saingan Head to Head Challenge.

 Memperagakan kostum nasional.

Head to Head Challenge merupakan sesi soal jawab di mana para peserta diminta untuk menyuarakan pendapat mengenai advokasi, isu semasa dan visi mereka dalam pertandingan tersebut.

 

Cabaran ini diadili oleh tiga juri iaitu Manushi Chhillar (Miss World 2017), Stephanie Del Valle (Miss World 2016) dan Megan Young (Miss World 2013).

 Kecantikan gadis Borneo.

Kemenangan ini bermakna Larissa mara secara automatik dan merupakan perwakilan kelapan dari Malaysia yang berjaya menempatkan diri dalam senarai finalis sejak Malaysia menyertai acara ini.

 

Malam kemuncak Miss World 2018 akan diadakan pada 8 Disember ini. Semoga Larissa terus cemerlang membawa nama Malaysia dan berikan khabar gembira dari China.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top