Selain Dibakar, Otak-Otak Kukus Pun Sedap!

  • Share:

Selain Dibakar, Otak-Otak Kukus Pun Sedap!
Foto: RASA

Siapa suka makan otak-otak? Kita geng! Kalan nak makan otak-otak, selalunya kebanyakkan restoran ada menyediakan gerai otak-otak dan ada orang yang akan hantar otak-otak panas atas meja anda.

Sihat dan menyelerakan.

Kali ini, anda tak payah ke restoran lagi kalau mengidam nak makan otak-otak. Tapi, ada sedikit kelainan, selain bakar anda juga boleh gunakan teknik kukus untuk hidangan otak-otak.

 

Bahan-bahan

  • 1kg ikan tenggiri
  • Daun pisang
  • 2 inci kunyit
  • 3 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • Daun limau purut
  • 3 biji cili padi
  • Kelapa parut
  • Santan
  • Daun kaduk
  • 4 ulas bawang putih
  • 6 biji bawang merah
  • 1 biji telur
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar jus limau
  • Garam

Cara memasak:

  1. Kisar kunyit, serai, lengkuas, bawang merah, bawang putih, cili padi, telur, kuning telur, kelapa parut, santan, jus limau dan garam.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk.
  3. Gaul isi ikan bersama sedikit garam dan serbuk lada hitam, campurkan bersama bahan kisar.
  4. Taburkan sedikit hirisan daun limau purut.
  5. Letak daun kaduk di atas daun pisang yang telah dilayur sedikit dan letakkan isi ikan.
  6. Bungkus otak-otak dan kepilkan dengan menggunakan lidi.
  7. Kukus otak-otak selama 20 minit.
  8. Siap untuk dihidang.
 Masak cara kukus.

Senang rupanya kan? Apa tunggu lagi, menu otak-otak kukus untuk hujung minggu ni kita kasi jadi! Kalau anda inginkan lagi resepi-resipi yang lazat dan mudah seperti ini, jangan lupa saksikan program RASA bersama Aunty Aini dan Adam Didam pada setiap hari Isnin, jam 12 tengahari hanya di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top