Gambar Diambil Wanita Cacat Penglihatan Ini Dipamerkan Di 'Paris International Photography Art Exhibition'

  • Share:

Gambar Diambil Wanita Cacat Penglihatan Ini Dipamerkan Di 'Paris International Photography Art Exhibition'
Tidak semua bernasib baik dan dilahirkan dengan penglihatan sempurna. Walau bagaimanapun ia bukanlah penghalang untuk golongan ini menikmati peluang seperti individu lain.

Sehubungan itu, menerusi kempen dianjurkan Huawei iaitu 'AI as the Eyes', golongan ini telah diberi peluang untuk turut serta dalam bidang fotografi.


Jamaliah Mohd Yasin, 64, antara yang menyerlah dalam kempen ini. Biarpun menghidapi masalah penglihatan kategori B1, namun nampak gayanya ia tidak menghalang beliau untuk mengambil gambar dengan begitu cantik!

Anda boleh lihat hasil karya Jamaliah yang telah menarik perhatian serta menerima pujian daripada Ketua Huawei Malaysia, Bill Liu.


Gambar ini memaparkan suasana di Masjid As-Salam di Puchong Perdana pada waktu petang. Cantik bukan?

Tidak cukup dengan itu gambar ini juga telah terpilih untuk dipamerkan di acara Paris Photo Paris International Photography Art Exhibition pada 8 hingga 11 November lalu.

Untuk makluman, sepanjang tiga bulan, Huawei telah memberikan bimbingan kepada beliau dan peserta yang lain untuk menguasai kemahiran mengambil gambar serta merakam detik-detik berharga menggunakan ciri Master AI yang terdapat pada Huawei P20 Pro. 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top