Viral Kerana Ketinggian, Gadis 11 Tahun Ini Dah Tinggi 210 Sentimeter!

  • Share:

Viral Kerana Ketinggian, Gadis 11 Tahun Ini Dah Tinggi 210 Sentimeter!

Percaya atau tidak, gadis bertinggian 210 sentimeter (sm) atau 6 kaki 7 inci ini baru berusia 11 tahun.

 

Berada di dalam gred enam kini, ketinggian Zhang lebih daripada purata ukuran tinggi budak perempuan dari China iaitu 1.38 meter (4 kaki 6 inci).

 Zhang bersama rakan sekelasnya.

Kedua ibu bapanya Zhang juga berketinggian lebih 2 meter dan merupakan bekas pemain bola keranjang profesional.

 

Rekod dunia Guinness ketika ini bagi budak perempuan tertinggi di dunia disandang oleh Sophie Hollins, 12 tahun dengan ketinggian 1.88 meter (6 kaki 2 inci) dari Southampton, England.

 Sophie Collins, budak perempuan paling tinggi.

Jelas Sophie lebih rendah beberapa inci berbanding Zhang, tidak dipastikan sama ada keluarga Zhang merancang untuk merebut gelaran itu.

 

Namun ramai percaya bahawa Zhang merupakan budak perempuan tertinggi di dunia.

 Berketinggian luar biasa.

Dilihat jauh lebih tinggi berbanding kanak-kanak lain, mencapai ketinggian 210sm pada usia 11 tahun masih dianggap luar biasa.

 

Mengikut jejak langkah ibu bapanya, Zhang dilaporkan amat berbakat bermain bola keranjang.

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top