Selepas TMJ Pandu Kereta Kancil, Sultan Johor Pula Pandu Kereta Api

  • Share:

Selepas TMJ Pandu Kereta Kancil, Sultan Johor Pula Pandu Kereta Api
Foto: Berita Harian

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan memulakan jelajah hari kedua Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2018 dengan memandu kereta api  khas lokomotif 'Blue Tiger'.

 

Perjalanan sejauh 98 kilometer ini bermula dari Stesen Keretapi Kluang menuju ke Stesen Keretapi Segamat.

 Kembara Mahkota Johor 2018.

Sebelum bermula, Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa bersantap pagi bersama warga kerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

 

Berangkat sama, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian.

 

Hari kedua KMJ 2018 menyaksikan perjalanan rombongan diketuai Sultan Ibrahim sejauh 305 kilometer bermula dari Kluang ke destinasi terakhir di Batu Pahat.

  Sultan berjiwa rakyat.

Perjalanan bermula di Stesen Keretapi Kluang ke stesen Segamat disusuli Padang Awam Batu Anam yang menyaksikan Sultan Ibrahim akan memandu kereta beroda tiga Morgan.

 

Sultan Johor kemudian akan ke Dataran Pulau Penarek Sungai Mati, Tangkak disusuli dengan Kompleks Sukan Pagoh di Muar sebelum menuju destinasi persinggahan terakhir bagi hari kedua iaitu Padang Awam Tongkang Pechah, Batu Pahat.

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top