CLOSE
CLOSE

Tak Payah Beli, Kini Anda Boleh Buat Bar Almond Bermadu Sendiri

Kunyah-kunyah depan TV.


  • Share:

Tak Payah Beli, Kini Anda Boleh Buat Bar Almond Bermadu Sendiri

Bar almond bermadu sering menjadi kegemaran ramai orang untuk menu snek petang yang sihat. Namun kalau anda jenis membeli, anda pasti tahu bar almond bermadu ini dijual agak mahal.

 

Tak payah berhabis duit dah, kini menerusi program Rasa bersama Aunty Aini dan Adam Didam, mereka menghasilkan resipi bar almond bermadu untuk dijadikan makanan ringan anda.

  Antara bar almond bermadu yang enak.

Nak buat bar almond bermadu begitu senang, ini bahan dan cara-caranya.

 

Bahan-bahan:

  • 90g rolled oats
  • 80g kelapa parut
  • 150g tepung serbaguna
  • ½ sudu kecil garam
  • 80g mentega cair
  • 115g madu
  • 140g hirisan almond
  • 1 sudu besar chia seed
  • 150g madu
  • 60g mentega cair

Cara memasak:

  1. Kisar rolled oat sehingga halus.
  2. Tambahkan kelapa parut kering, tepung gandum, garam dalam mesin kisar dan kisar halus.
  3. Masukkan sedikit mentega cair serta madu dan sambung kisar sehingga menjadi tekstur doh.
  4. Tuang doh dalam loyang pembakar, ratakan dan mendapkan.
  5. Campurkan hirisan kacang almond, chia seed, madu dan mentega cair ke dalam satu mangkuk berasingan. 
  6. Gaul rata bahan-bahan dan letak di lapisan atas doh.
  7. Tekan dan mendapkan bahan.
  8. Taburkan gula perang di atas bar kacang.
  9. Bakar selama 25minit pada suhu 180’C.
  10. Siap untuk dihidang.
 

Daripada asyik beli, apa kata ambil inspirasi resipi bar almond bermadu daripada Aunty Aini dan Adam Didam ini untuk anda cuba sendiri.

 Snek sihat pilihan ramai.

Nak kan lebih masakan yang menyelerakan, tonton program terbaharu, RASA bersama Aunty Aini dan Adam Didam pada setiap hari Isnin, jam 12 tengahari hanya di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top