Jika Anda Mempunyai 'Janggut Kambing', Anda Mungkin Kurang Diminati Wanita

Selera individu lain-lain bukan.


  • Share:

Jika Anda Mempunyai 'Janggut Kambing', Anda Mungkin Kurang Diminati Wanita
Selera orang ini lain-lain, ada yang suka ada yang tidak. Begitu jugalah selera kaum wanita bila disentuh mengenai pilihan lelaki mereka.

Satu kajian dijalankan baru-baru ini wanita dilihat lebih tertarik dengan lelaki berjambang berbanding mereka yang tidak.

 Seramai 8500 wanita menjalani ujian penilaian terbabit bagi mengukur sejauh mana mereka tertarik pada rupa paras lelaki.
 
Sekumpulan lelaki ini pada awalnya akan diambil gambar mereka ketika berjambang. Selepas 10 hari mereka akan bercukur dan diambil gambarnya sekali lagi beberapa hari kemudiannya.
 
Hasilnya? Kebanyakan wanita memilih lelaki berjambang sebagai penampilan paling menarik diikuti dengan lelaki sekadar mempunyai janggut.


 Lelaki yang mempunyai helaian janggut yang sedikit atau dikenali 'janggut jambing' hanya sekadar di kedudukan ketiga. Lelaki berwajah bersih pula di kedudukan terakhir.

Menurut wanita-wanita ini, lelaki berjambang biasanya dilihat sebagai lebih matang, maskulin, dominan ketika bersosial dan kelihatan agresif.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top