Kari Daging Dah Overrated, Hello Kari Udang!

Sedap hingga menjilat jari.


  • Share:

Kari Daging Dah Overrated, Hello Kari Udang!
Foto: RASA

Udang menjadi kegemaran ramai orang. Selain dibuat masak sambal merah, tomyam, goreng kunyit ataupun goreng mentega, udang juga sedap dibuat kari.

 

Penggemar kari, kalau anda boleh gunakan ayam, daging dan ikan, apa kata minggu ini cuba buat kari udang? Pasti berselera seisi rumah menikmati makan tengah hari atau makan malam.

 Sedapnya!

Tak susah pun cara untuk menyediakan kari udang yang enak. Ini bahan dan cara-caranya.

Bahan-bahan menyediakan kari udang

  • Udang 
  • 1 biji nenas
  • 4 batang kcang panjang
  • 2 biji kentang
  • 6 biji kacang bendi
  • 1 batang lobak Merah
  • 2 pek kecil rempah kari ikan
  • 1 pek kecil rempah halba campur
  • 1 inci halia
  • 10 biji bawang merah
  • 1 labu bawang putih
  • 3 tangkai daun kari
  • 1/2kg santan
  • Asam jawa
  • Garam
  • Daun kari

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak untuk menumis.
  2. Tumiskan daun kari dan herba campur.
  3. Tumiskan halia dan bawang merah, kemudian masukkan bawang putih. 
  4. Setelah wangi dan kekuningan, masukkan serbuk kari.
  5. Kacau hingga rata kemudian masukkan sedikit air.
  6. Dalam masa yang sama, kisarkan kepala parut dan tapis serdak kelapa.
  7. Masukkan lobak merah dan kentang ke dalam periuk.
  8. Tambahkan sedikit air jika perlu dan tumis hingga masak.
  9. Setelah lobak dan kentang lembut, masukkan santan.
  10. Setelah menggelegak, masukkan nenas, tomato dan air asam jawa.
  11. Tambahkan garam ke dalam masakan.
  12. Masukkan udang, kacang panjang dan bendi.Tutup periuk sehingga hidangan masak.
  13. Siap untuk dihidang.
 Pastikan udang anda fresh!

Mudah sahaja menu kari udang yang disediakan oleh Aunty Aini dan Adam Didam minggu ini kan. Jangan lupa saksikan program terbaharu,RASA bersama Aunty Aini dan Adam Didampada setiap hari Isnin, jam 12 tengahari hanya di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top