CLOSE
CLOSE

Arang Tidak Akan Memutihkan Gigi Anda? Dengar Penjelasan Tiga Pakar Ini

Jika berlebihan, ia mampu menipiskan lapisan gigi.


  • Share:

Arang Tidak Akan Memutihkan Gigi Anda? Dengar Penjelasan Tiga Pakar Ini
Sebelum beli semak penjelasan doktor ini dahulu. (Gambar: Hello Sihat)
Sejak kebelakangan ini, meriah di media sosial mengenai produk serbuk arang. Malah sudah ada lagu tema pula yang kini menjadi siulan ramai walaupun adakalanya agak menjengkelkan.

Jika dilihat pada timeline Facebook, ada saja video dimuat naik oleh peniaga-peniaga yang menjual produk arang. Malah kebanyakkan penjual mendakwa bahan berkenaan mampu memutihkan gigi, menghilangkan bau mulut, menjadikan gigi sentiasa segar dan boleh bertindak sebagai detox untuk mulut.
 
Namun, di sebalik dakwaan ini timbul beberapa persoalan mengenai keberkesanannya. Adakah ia benar-benar mampu memutihkan gigi?


Kami berkesempatan menemui seorang doktor pada majlis ‘Get Mouth Fit’ yang dianjurkan oleh Colgate-Palmolive Malaysia beberapa bulan lalu dan ini penjelasannya.

MEDIUM PEMBERSIHAN GIGI

Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia, Dr Ng Woan Tyng berkata, penggunaan ubat gigi adalah sebahagian medium untuk menggosok dan membersihkan gigi serta mulut.
 
Menurut Dr Ng, pengguna boleh menggunakan apa saja bahan dirasakan sesuai untuk menggosok gigi. Apa yang lebih penting adalah harus menggosok gigi dengan cara yang betul dan pada waktu yang bersesuaian. Malah, bahan yang digunakan harus selamat.
 
Jelasnya, selagi bahan jualan berkenaan mendapat pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ia selamat digunakan. Namun, keberkesanannya untuk memutihkan gigi harus diteliti terlebih dahulu.

"Bagi saya kurang yakin dengan dakwaan berkenaan. Namun, saya kena lihat dulu produk berkenaan sebelum memberi penjelasan lanjut. Nasihat saya, pengguna harus meneliti terlebih dahulu sebelum membeli mana-mana produk pergigian,” katanya.

BUANG KESAN WARNA PADA PERMUKAAN GIGI


Sementara itu, dalam kenyataan Dr Irma daripada Klinik Pergigian Irma Ariandi menerusi Utusan Malaysia menyatakan bahan arang cuma membersihkan permukaan gigi dan membuang kesan warna hanya pada permukaan gigi.
 
Jelasnya, ia tidak sama dengan power teeth whitening dan cosmetic teeth whitening yang digunakan doktor gigi di klinik.
 
“Berhati-hati dan bersederhana dalam memberus gigi menggunakan arang,” katanya.

KESAN JANGKA MASA PANJANG

Terbaru,  Dr Amalina Bakri turut bersuara mengenai isu terbabit. Menurut beliau arang tidak memutihkan gigi. 

Berdasarkan kajian yang diterbitkan sebelum ini,  tiada bukti yang arang mampu memutihkan gigi. Ia memang boleh membersihkan gigi anda, namun tidak memutihkan gigi anda.

“Penggunaan jangka masa panjang juga akan membuatkan lapisan gigi anda nipis, it can weaken your enamel,” katanya menerusi Twitter.


Jadi bagi anda yang kerap menggunakan arang sebagai bahan cucian, maka boleh mendapat manfaat daripada maklumat ketiga-tiga pakar ini.
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top