Rojak Daily Logo
Back to top

Ingatkan Susah, Rupanya Mudah Je Nak Hasilkan Puding Epal Pir Ini!

Bahan pun senang nak cari.

0
comments
Ingatkan Susah, Rupanya Mudah Je Nak Hasilkan Puding Epal Pir Ini!
Kalau anda fikir cara untuk menghasilan pencuci mulut itu sudah, anda silap! Mungkin dengan mengikuti langkah mudah daripada pakar masak RASA Ketuhar Kuali 2 ini akan memberikan anda semangat untuk kerap membuat pencuci mulut.

Berita baik untuk anda, bagi episod 3 kali ini Aunty Aini dan Adam Didam ada menu menarik untuk juadah menu petang anda iaitu Puding Epal Pir.

Bahan-bahannya mudah saja iaitu:

  • Roti
  • 3 Sudu Besar Mentega Cair
  • 3 Biji Buah Pir
  • 3 Biji Buah Epal Merah (Potong nipis)
  • 3 Biji Epal Hijau (Potong Nipis)
  • 1 Sudu Kecil Esen Vanila
  • 110g Gula
  • 375ml Susu Segar
  • 1/4 Sudu Kecil Garam
  • Gula Untuk Ditabur

Cara memasak:



1) Sapukan roti dengan mentega cair.
2) Susun roti bersama buah epal merah, epal hijau dan buah pir secara berselang-seli.
3) Pukul telur bersama gula dan esen vanila.
4) Tambahkan susu kedalam telur.
5) Tambahkan sedikit garam dan kemudian curahkan adunan kedalam bekas roti.
6) Rehatkan selama 10minit untuk roti meresap cecair.
7) Sapukan mentega cair pada roti dan taburkan sedikit gula.
8) Bakar didalam ketuhar pada suhu 180’C selama 45 minit.
9) Setelah siap, sejukkan makanan sebelum dipotong.
10) Siap untuk dihidang.


Senang bukan? Namun, jika anda inginkan lagi resepi-resepi yang lazat dan mudah seperti ini, jangan lupa saksikan program terbaharu, RASA bersama Aunty Aini dan Adam Didam pada setiap hari Isnin, jam 12 tengahari hanya di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).
 
 
Comments