Rojak Daily Logo
Back to top

Pernah Disuruh Bleach, 4 Wanita Ini Buktikan Warna Kulit Bukan 'Tiket' Untuk Kekal Relevan!

Adakah mentaliti rakyat Malaysia sudah berubah?

0
comments
Pernah Disuruh Bleach, 4 Wanita Ini Buktikan Warna Kulit Bukan 'Tiket' Untuk Kekal Relevan!
Nama yang semakin meningkat naik. (Gambar: Instagram)
Sejak akhir-akhir ini isu warna kulit kembali menjadi topik perbualan hangat di media sosial. Semuanya gara-gara posting atau luahan seorang model Sharifah Haneesya Sayed mengenai kecaman netizen terhadap warnai kulitnya serta kontroversi yang kini melanda jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri.

Haneesya sebelum ini pernah memberitahu Utusan dia pernah berasa rendah diri dan malu kerana memiliki kulit gelap. Bagaimanapun saban tahun, persepsi orang ramai termasuk industri hiburan terhadap individu berkulit gelap semakin positif menjadikan dia kini tampil lebih yakin.

Cantik tidak semestinya putih guys!
Masyarakat juga sudah mula mengubah mentaliti bahawa berkulit putih itu cantik, sementara hitam pula hodoh. Harapnya Malaysia pun begitulah.

Apapun kami senaraikan sebahagian model berkulit gelap yang kini menjadi rebutan industri fesyen, sekali gus menjadi individu penting dalam mengubah stigma negatif ini.
 

#1 DUCKIE THOT

Hai Barbie!
Digelar sebagai real-life Barbie doll, kecantikan gadis ini telah diakui ramai. Warna bukan isu di sini, sebaliknya keberanian untuk gadis ini tampil ke hadapan mengubah mentaliti ramai adalah definasi cantik sebenar.

#2 SLICK WOODS

Kalau anda rasa kekurangan fizikal menjadikan anda lebih tertekan, fikirlah sekali lagi. Model ini membuktikan keyakinan itu lebih penting daripada kesempurnaan di mata masyarakat.

Slick Woods kini menjadi penghias wajah bagi jenama penyanyi Rihana iaitu Fenty Beauty dan Fenty x Puma.

#3 NYAKIM GATWETCH


Model ini pernah dihina supaya bleach kulitnya untuk kelihatan putih. Melampau bukan? Namun beberapa tahun kemudian, dia berjaya membuktikan berkulit putih bukan'tiket' untuk tampil cantik di khalayak ramai. Gadis ini telah pun beraksi dalam New York Fashion Week 2018.

#4 ANOK YAI


Semuanya bermula apabila gambarnya diambil oleh seorang jurugambar ketika berada di Howard University's 2017 Homecoming Yardfest. Gambar itu kemudian dimuat naik ke Instagram dan Anok Yai kini menjadi sebutan ramai kerana keunikan dan kecantikannya.

Selepas melihat kesemua wanita cantik ini, adakah warna kulit masih menjadi keutamaan anda? Tepuk dada tanyalah diri sendiri. 
 
 
Comments