Rojak Daily Logo
Back to top

Acer Lancar Tiga Produk, Satu Daripadanya Pasti Anda Tak Percaya!

Jadilah gamers yang bergaya.

0
comments
Acer Lancar Tiga Produk, Satu Daripadanya Pasti Anda Tak Percaya!
Acer Malaysia semalam telah mengumumkan tiga produk yang agak besar dalam segmen gaming mereka. Ada yang boleh dijangka dan ada juga yang lari daripada kebiasaan. 

So anda boleh teka apa yang diumumkan Acer semalam? 
 

DUA MONITOR BARU

Dua monitor diperkenalkan dan akan dibawa pada bulan ini dan Disember. Monitor terbabit adalah Nitro XV273K dan juga Predator XB273K .

Kedua-duanya menggunakan panel IPS LCD 27 ini beresolusi 4K UHD (3840 x 2160 piksel). Monitor ini menggunakan kadar segar semula sehingga 144Hz dengan sokongan teknologi Quantum Dot serta pensijilan VESA DisplayHDR 400.


Acer Predator XB273K yang memfokuskan aspek permainan ini juga dilengkapi dengan NVIDIA G-Sync dan juga masa respons 4ms untuk kelancaran paparan. Acer Predator XB273K dijual pada harga RM4,599 (Disember).


Acer Nitro XV273K pula hadir dengan teknologi AMD Radeon FreeSync dalam usaha mengurangkan lengah masa.Acer Nitro XV273K yang dijual pada harga RM2,999 (November).  

T-SHIRT ACER X PESTLE MORTAR 


Pengumuman ini sebenarnya di luar kotak pemikiran kebanyakan pengamal media. Acer Malaysia keluar daripada kebiasaan mereka dengan bekerjasama dengan Pestle & Mortar Clothing (PMC) bagi menghasilkan T-shirt yang super eksklusif!

Anda akan lihat T-shirt ini dipakai ketika final Asia Pacific Predator League - Malaysia Championship pada minggu ini yang mana pemenang akan membawa pulang wang tunai RM56,000.

Anda boleh dapatnya di ACER.
 
 
Comments