CLOSE
CLOSE

Direka Khas Oleh Neelofa, Ini 3 Sebab Kenapa Kami Mahukan The Lofarbag Mini

Rabak beg duit!


  • Share:

Direka Khas Oleh Neelofa, Ini 3 Sebab Kenapa Kami Mahukan The Lofarbag Mini

Jenama fesyen online terkemuka Asia, Zalora semalam telah melancarkan kolaborasi kedua diantara ikon fesyen dan usahawan cantik, Neelofa bersama Sometime by Asian Designers.

The Lofarbag Mini.

Terdahulu, The Lofarbag telah mendapat sambutan ramai sehingga laris dijual, edisi mini kali ini lebih kompak dan direka bagi meraikan karekter Neelofa sendiri iaitu yakin, anggun dan fun!

 Rona silver menawan.

Berkesempatan bertanyakan kepada Neelofa sendiri tentang buah tangan terbarunya, kenapa kami perlu mendapatkan The Lofarbag Mini ini?

1. Sesuai untuk dibawa kemana sahaja

Sesuai untuk semua acara.

Dengan bersaiz mini, ia senang di bawa kemana sahaja untuk apa jua acara. Travel, parti, pejabat mahupun bersantai hujung minggu, The Lofarbag Mini adalah teman anda paling setia. Biarpun sedikit kecil berbanding The Lofarbag, edisi misi ini menekankan rekaan dalaman yang luas dan hadir dalam tali yang menyenangkan.

 

2. 10 rona yang menawan!

Merah menawan.

Perkara pertama yang buatkan kami cukup tertarik dengan The Lofarbag Mini kali ini ada 10 rona-rona indah yang tampak mewah! 10 rona yang dipilih oleh Neelofa sendiri ini terdiri daripada hitam, biru gelap, merah hati, mocha, nude, oren, merah, biru cair, coklat gelap dan perak. Pilihan utama kami sudah tentu merah hati dan mocha.

 

3. Rekaan yang stail

Sangat stail, gais.

Dua perkataan, memang stail. Beg The Lofarbag Mini ini umpama satu statement dan anda hanya perlu mengayakan pakaian yang minimalis, padankan dengan The Lofarbag Mini, you're good to go! Tahukah anda bahawa rekaan ini juga adalah yang paling sukar dihasilkan oleh Sometime by Asian Designers? Ini adalah kerana panel emas disisi beg itu mengambil masa untuk dibuat.

 

The Lofarbag Mini boleh didapati secara online di Zalora dengan harga RM239.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top