Rojak Daily Logo
Back to top

Vans X NASA Mungkin Sneakers Paling Dikehendaki Ketika Ini!

Lagi beberapa hari saja lagi!

0
comments
Vans X NASA Mungkin Sneakers Paling Dikehendaki Ketika Ini!
Bukan calang-calang. (Gambar: coutie)
Siapa yang tidak kenal apa itu NASA bukan? Kuasa besar dalam bidang angkasa.

Tapi jika anda masih tertanya, NASA adalah Pengurusan Angkasa Lepas dan Aeronautik Nasional.

Sejak ditubuhkan pada 1958, NASA telah menempah pelbagai kejayaan dalam bidang sains dan teknologi angkasa lepas. Sebab itulah NASA dipandang tinggi seluruh dunia.

Bahagian atas.
Malah sejak akhir-akhir ini, rekaan streetwear telah mula menggabungkan NASA dalam kebanyakan produk baru.

Vans juga tidak ketinggalan untuk menyertai pasukan NASA ini dengan turut mengeluarkan Old School NASA mereka.

Kasut ini dihasilkan dengan rekaan berwarna putih manakala logo NASA diletakkan di bahagian tepi berserta stamp John F Kennedy Space Center.

Boleh ditukar kepada bendera lain.
Bahagian belakang pula diserta patch bendera America yang boleh ditanggalkan. Bolehlah anda semua ganti dengan bendera Malaysia jika ada.

Difahamkan NASA x Vans ini akan dilancarkan secara rasmi pada 2 November.
 
 
Comments