CLOSE
CLOSE

Sandwich Tat Telur, Sajian Minum Petang Paling Mudah

Senang dan lazat!


  • Share:

Sandwich Tat Telur, Sajian Minum Petang Paling Mudah
Foto: RASA

Sajian minum petang kadang-kala boleh buat anda pening terutamanya kalau ada tetamu datang menziarah.

Mudah dan menyelerakan!

Selain menu minum petang biasa seperti pisang goreng, cucur udang dan sebagainya, apa kata kali ini anda cuba buat sandwich Tat Telur, menu lazat minum petang yang sesuai untuk keluarga dan tetamu.

Bahan asasnya hanya telur dan roti.

Bahan-bahan

  • Roti
  • Mentega Masin
  • 350ml Susu Krimer Sejat
  • 3 Biji Telur
  • 3 Biji Kuning Telur
  • 75g Gula Pasir
  • 2 Sudu Besar Esen Vanila

Cara-cara untuk membuat Sandwich Tat Telur

  1.  Buang kulit pada roti.
  2. Gelek roti dengan menggunakan penggelek.
  3. Tekap roti yang telah digelek dengan pemotong acuan bulat.
  4. Sapu mentega pada kedua-dua belah roti.
  5. Masukkan kulit pastry kedalam acuan muffin. 
  6. Dalam satu periuk, panaskan susu krimer sejat.
  7. Pukul 3 biji kuning telur dan 3 biji telur bersama esen vanila dalam satu bekas.
  8. Masukkan sedikit demi sedikit susu suam kedalam acuan telur sambil kacau.
  9. Tapiskan bancuhan.
  10. Cucuk kulit pastry untuk memberi ruang udara, dan tuangkan bancuhan keatas kulit pastry sebanyak 85% penuh.
  11. Bakar selama 45 minit pada suhu 160’C didalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
  12. Sejukkan sandwich tat telur, tabur gula pasir diatas tat, dan bakar dengan menggunakan torch.
  13. Siap untuk dihidang.
  Siap untuk dihidang.

Senang kan? Selamat mencuba. Kalau anda inginkan lagi resepi-resipi yang lazat dan mudah seperti ini, jangan lupa saksikan program terbaharu, RASA bersama Aunty Aini dan Adam Didam pada setiap hari Isnin, jam 12 tengahari hanya di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top