CLOSE
CLOSE

Jual Rantai Kunci Berbentuk Pokok, Little Trees Saman Balenciaga

Why pokok?


  • Share:

Jual Rantai Kunci Berbentuk Pokok, Little Trees Saman Balenciaga
Foto: Hypefresh

Sudahlah tiru reka bentuk orang lain, jual harga tak masuk akal pula tu. Kenapa bentuk pokok juga yang mahu ditirunya.

 

Jenama fesyen terkemuka, Balenciaga yang sentiasa dilanda kontroversi dek kerana rekaan tiru mereka sekali lagi mencetus masalah apabila didakwa meniru rekaan penyegar kenderaan popular, Little Trees.

 Opps!

Menurut laporan The Fashion Law, rantai kunci kulit Balenciaga yang berharga USD275 (RM1150) disaman di mahkamah persekutuan New York oleh Car-Freshener Corporation yang memiliki Little Trees. Balenciaga dikatakan telah meniru bentuk, dimensi dan penampilan keseluruhan penyegar kenderaan itu tanpa kebenaran.

 

Bagi pihak Car-Freshener Corporation, mereka bimbang persamaan itu mencetuskan kekeliruan dan paling penting, mengalih perhatian ramai kepada rantai kunci Balenciaga tersebut.

 Sama tapi tak serupa.

Penyegar kenderaan Little Trees sememangnya terkenal di serata dunia termasuklah Malaysia. Dengan harga yang murah dan mampu kekal wangi sehingga beberapa bulan, Little Trees turut menuntut semua keuntungan yang diperolehi oleh rantai kunci Balenciaga setakat ini.

 

Sehingga kini, pihak Balenciaga masih belum mengeluarkan sebarang komen atau kenyataan.

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top