Rojak Daily Logo
Back to top

Pesta Halloween Sempena 'Update' Terbaru PUBG Ini

Tak sabarrr!

0
comments
Pesta Halloween Sempena 'Update' Terbaru PUBG Ini
Confirm gempak bila ada elemen-elemen Halloween! (Gambar: PUBG)
Buat jentera-jentera PUBG semua, ada berita baik bakal menemui anda tidak lama lagi. Pembangun permainan ini, Tencent Games telah mengesahkan kehadiran update terbaru bagi PUBG.

Jadi apa yang baru dengan update ini?

#1 NIGHT MODE ERAGEL


via GIPHY


Antara fungsi baru yang bakal dinikmati pemain tegar PUBG adalah peta Eragel yang kini tampil dengan suasana waktu malam (night mode). Anda mungkin akan menerima skop night vision untuk update ini.
 

#2 SPECTATOR MODE 


via GIPHY


Anda boleh melihat pihak lawan selepas dibunuh termasuklah lokasi mereka berada. Macam Counter Strike mungkin?

#3 TEMA HALLOWEEN


via GIPHY


Yeah, Halloween bakal tiba tidak lama lagi dan waktu beginilah kita akan lihat rumah hantu diwujudkan. Sehubungan itu, PUBG juga tidak mahu ketinggalan malah memasukkan elemen ini dalam update terbaru.

Sejauh mana elemen ini diselitkan sama-sama lah kita tunggu.

#3 ISU LAGGING


via GIPHY


Selain daripada itu, prestasi juga bakal ditambah baik. Isu ‘lagging’ ketika pemain berentap dengan pemain lain dari jarak jauh juga akan diperbetulkan menerusi update ini.

Difahamkan update 0.9.0 ini akan dilancarkan pada 25 Oktober. Sama-samalah kita tunggu!
 
 
Comments