Rojak Daily Logo
Back to top

Tak Payah Kedekut Sangat, Ini 7 Cara Paling Cool Dapatkan Tiket Penerbangan Murah

AIRASIA BIG | SPONSORED

Jimat cara paling handal, hello holiday!

0
comments
Tak Payah Kedekut Sangat, Ini 7 Cara Paling Cool Dapatkan Tiket Penerbangan Murah

Nak shopping ke nak menabung untuk travel? Nak makan best ke nak spend duit beli tiket penerbangan? Inilah antara persoalan kami setiap bulan apabila tibanya hari gaji. Dalam dilema!

Kaki travel semua, anda pasti tahu macam mana caranya nak dapatkan tiket penerbangan murah. Tapi yang baru nak berjinak dengan aktiviti travel, kami berikan anda tujuh rahsia untuk beli tiket penerbangan dengan cara paling mudah dan gerenti murah.

Tapi sebelum itu, pastikan anda telah memuat naik aplikasi AirAsia BIG dan mendaftar sebagai ahli BIG. Sudah? Mari kita teruskan.

1. Masuk program kesetiaan

Berbaloi-baloi!

Jika anda seorang pengembara sejati, pasti anda tahu nikmatnya bila syarikat penerbangan akan mengumumkan jualan murah atau tempat duduk percuma. Lebih istimewa jika anda menyertai sesuatu program kesetiaan seperti Program Freedom Flyer, anda akan nikmati lebih ganjaran.

Semakin kerap anda terbang bersama AirAsia, semakin cepat anda menaik taraf status keahlian, dan dapatkan lebih banyak Mata Ganjaran BIG.

Bukan itu sahaja, sebagai ahli program kesetiaan ini, anda akan menerima pelbagai kelebihan antaranya tebus penerbangan dengan diskaun eksklusif! Jimat duit.

2. Fleksibel dalam memilih tarikh penerbangan

Jualan Final Call bermula!

Jangan terhadkan tarikh percutian anda hanya pada tarikh perayaan ataupun ketika cuti sekolah sahaja. Bersikap fleksibel dalam memilih tarikh bercuti akan membantu anda jumpa tiket penerbangan yang lebih murah.

Jika anda bertuah, anda juga boleh mendapatkan harga runtuh menerusi jualan Final Call dan Final Call X AirAsia.

Apa itu jualan Final Call? Jualan murah ini khas untuk ahli AirAsia BIG dan anda boleh nikmati potongan harga tiket sehingga 95% untuk terbang dalam tempoh 60 hari.

3. Alternatif destinasi mendarat

Naik kereta api dari Jakarta ke Bandung, murah dan ada pemandangan cantik!

Orang kedekut paling hebat bahagian ini, kalau destinasi idaman anda harganya mahal, cari alternatif destinasi berdekatan yang menawarkan harga tiket lebih murah. Idea ini kami sendiri pernah buat.

Contoh kalau anda memilih untuk jalan-jalan ke Bandung, tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bandung adalah dalam RM200. Namun, alternatif yang anda boleh buat adalah membeli tiket Kuala Lumpur ke Jakarta dengan harga RM109 dan bergerak menaiki kereta api dari Jakarta ke Bandung yang berharga Rp140,000 (RM38).

Bernas kan? Dapat jimat RM53, bolehlah berbelanja sakan di Pasar Baru!

4. Cepat dan tangkas

Lambat nanti sold out!

Obses dengan promosi jualan murah dan tempat duduk percuma? YAS! Tapi bila anda tahu bila waktu promosi bermula, segeralah buka laptop atau telefon pintar untuk beli tiket penerbangan.

Janganlah tunggu hingga hari-hari terakhir untuk semak harga tiket. Hari terakhir biasanya banyak tiket yang sudah dijual ataupun harga tiket kembali naik. Ingat, bila dah rancang destinasi dan tak kisah tarikh perjalanan, tahu waktu promosi, cepat bertindak dan tempah segera!

5. 'Ikut' syarikat penerbangan

Follow AirAsia dan AirAsia BIG.

'Ikut' yang dimaksudkan sudah tentulah di laman sosial! Ikutilah akaun Instagram, Twitter dan like mereka di Facebook untuk pelbagai informasi!

Macam laman Instagram AirAsia BIG, mereka akan menyiarkan pelbagai jualan murah, promosi tiket penerbangan serta peraduan khas untuk ahli BIG.

Selain itu, langgan surat berita untuk mengetahui sebarang maklumat dan promosi destinasi idaman. Inilah masanya anda jadi penghendap media sosial terbaik.

6. Terbang pada bukan waktu puncak

Jualan Finall call bermula!

Anda pasti tahu bila tarikh-tarikh penting perayaan dan cuti sekolah. Jadi elakkan untuk melancong pada tarikh kegemaran rakyat Malaysia. Ambil kesempatan untuk bercuti di luar waktu puncak terutamanya pada hari bekerja.

Contohnya jika anda ingin menebus mata ganjaran BIG, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu pada jualan Final Call hanya memerlukan 1,500 mata ganjaran berbanding 16,898 mata ganjaran pada waktu biasa. 

Nampak perbezaan mata ketika jualan Final Call berlangsung? Kini anda tak perlu tunggu waktu cuti untuk terbang, Final Call berlangsung pada minggu pertama setiap bulan. Rancanglah percutian anda dengan cara paling berbaloi.

7. Gunakan mata ganjaran untuk tebus tiket penerbangan

Menang sebahagian 20 juta mata ganjaran!

Ini cara paling senang untuk orang yang nak jimat tanpa rabak duit. Dengan mata ganjaran BIG AirAsia, anda boleh tebus penerbangan percuma dengan serendah 500 mata ganjaran! Bukan setakat tebus harga tiket, ia turut meliputi pelbagai cukai serta caj-caj tambahan.

 

Jangan risau kalau mata ganjaran anda kurang, anda boleh tambah bayar dengan wang tunai. Semakin kerap anda terbang, semakin tinggilah mata ganjaran yang anda perolehi. Khas untuk ahli BIG juga, menerusi aplikasi BIG Loyalty, ada pelbagai promosi dan tawaran tiket destinasi pilihan boleh anda dapati.


Hello Bali!

Anda merancang untuk bercuti? Apa kata anda sertai kempen hebat 'WeAre20MilBIG' bersempena misi 20 juta Ahli BIG mereka tercapai. Menangi sebahagian daripada 20 juta Mata Ganjaran BIG dengan mengumpul, menebus dan menukar Mata Ganjaran BIG terbanyak dari sekarang sehingga 30 November ini.

Bagaimana caranya? Anda boleh lawati AirAsia BIG di sini dan ada pelbagai tawaran menarik lagi. Tunggu apa lagi? Inilah masanya untuk anda gunakan mata ganjaran dan pergi bercuti.

 
 
 
Comments