Rojak Daily Logo
Back to top

Anda Boleh Didenda Hingga RM100,000 Jika Tidak Memberi Makan Pada Haiwan!

Jangan hanya ikut trend!

0
comments
Anda Boleh Didenda Hingga RM100,000 Jika Tidak Memberi Makan Pada Haiwan!
Kucing di rumah tu cukup tak makan? (Gambar: wallpaperstudio10)
Ada sesetengah daripada kita hanya pandai mengikut trend semata-mata. Jika ada popular dan sedang in ketika itu, mereka pun mahu turut serta. 

Malah tidak dinafikan mempunyai haiwan perliharaan juga antara trend yang diikuti sesetengah individu. Melihat rakan membela kucing, maka dia pun nak turut serta sama.

Namun, masalahnya bagi sesetengah kelompok ini ia adakalanya ‘hype’ semata-mata dan akhirnya membawa kepada kemudaratan pada haiwan itu.

Pada yang tidak tahu, pada tahun lalu Akta Kebajikan Haiwan 2015 yelah dikuatkuasakan sebagai langkah  keprihatinan dan perkembangan dari sudut kebajikan haiwan di Malaysia. 

Akta ini menegaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan haiwan. Paling menarik pastinya jika anda tidak memberi makan kepada haiwan perliharaan.

Ini antara yang ditegaskan.

1. Menyepak, memukul, lebihkan muatan, mendera atau menakutkan haiwan.

via GIPHY


2. Terlebih naik atau tunggang (kecuali sukan ekuestrian).

via GIPHY


3. Tidak memberi makan minum kepada haiwan dibela.

via GIPHY


4. Pengangkutan haiwan yang menyebabkan penderitaan kepada haiwan.

via GIPHY


5. Menyimpan haiwan yang sakit tanpa alasan munasabah.

via GIPHY


6. Pertandingan menembak haiwan yang dilepaskan dari kurung.

via GIPHY


7. Menyebabkan kesakitan, mencacatkan haiwan.

via GIPHY


8. Keluarkan bahagian haiwan yang masih hidup seperti untuk dapatkan kulit, minyak yang boleh menyebabkan kesakitan dan penderitaan pada haiwan.

via GIPHY


9. Memasang dinamit.

via GIPHY


10. Membiarkan haiwan berpenyakit keluar tanpa pengawasan.

via GIPHY


11. Mengeletrikan atau membubuh racun dalam sungai untuk membunuh haiwan.

via GIPHY


12. Membiarkan haiwan dirantai dengan tali pendek atau memincang kaki haiwan.

via GIPHY


13. Mengurungkan haiwan dalam sangkar kecil dan tiada pergerakan.

via GIPHY


Jika disabitkan kesalahan anda boleh didenda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada 3 tahun atau kedua-duanya.
 
 
Comments