Rojak Daily Logo
Back to top

Lebih Seram Daripada Filem Munafik, Gambar Tanpa Kepala Ini Buat Netizen 'Kecut Perut'

Kreatif betul!

0
comments
Lebih Seram Daripada Filem Munafik, Gambar Tanpa Kepala Ini Buat Netizen 'Kecut Perut'
Setiap tahun ada saja gaya baru. (Gambar: IG Hawabasery)
Apakah perkara paling seram anda pernah lihat setakat ini? Adakah wajah suzana sundal bolong, filem Munafik atau Hantu Kak Limah?

Apa yang anda bakal saksikan ini rasanya lebih seram daripada itu. Gambar pra konvokesyen daripada sekumpulan pelajar universiti yang tiada kepala!

Gambar terbabit viral di media sosial selepas dikongsikan pemilik akaun bernama Inaadams. Sehingga kini ia telah dikongsi lebih 5600 tweets.
Difahamkan gambar itu diambil selepas seorang daripada mereka memberi cadangan menggunakan konsep berkenaan. Sekadar suka-suka.

Menurut pelajar itu menerusi Mstar, gambar berkenaan juga tidak disunting sebaliknya mereka hanya mengangkat jubah terbabit ke atas seolah-olah tiada kepala.

Kreatif!
Seram?Seperti biasa, setiap gambar atau gaya baru dimuat naik di media sosial pastinya mendapat reaksi yang bercampur baur daripada netizen. Ada yang menganggapnya kreatif dan tidak kurang juga ada menggelarnya sebagai kerja bodoh. 

Pada kami senang saja...

via GIPHY

  Seram atau tidak anda tentukan sendiri. 
 
 
Comments