Rojak Daily Logo
Back to top

Bahaya Tidur Dalam Kereta, Ini Perkara Yang Perlu Anda Tahu

Disangka tidur, dua remaja ditemui mati dalam kereta.

0
comments
Bahaya Tidur Dalam Kereta, Ini Perkara Yang Perlu Anda Tahu

Kisah menyayat hati apabila dua remaja berusia 19 tahun, Mohd Fitri Haimim dan Mohd Helmi Muhammad yang disangkakan tidur rupanya telah meninggal dunia.

 

Dalam kejadian jam 11.46 pagi semalam, mereka ditemui mati di tempat duduk hadapan sebuah kereta Myvi yang diparkir di tepi jalan raya.

 Dua remaja ditemui mati semasa tidur di dalam kereta.

Berlaku di Kampung Jaya Baru, Kinabatangan, Sabah, pihak bomba dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membantu membuka pintu kenderaan.

 Cubaan mengeluarkan mangsa.

Jika anda seorang yang suka berehat di dalam kereta, mungkin tips ini berguna buat anda.

 

Bahaya penggunaan penghawa dingin di dalam kereta

1. Apabila buka penghawa dingin dan tutup tingkap semasa kereta tidak bergerak, oksigen akan beredar-edar di dalam kereta.

2. Oksigen tersebut akan makin berkurang apabila anda tarik nafas. Semakin lama anda memberhentikan kereta, oksigen makin berkurang.

via GIPHY

3. Apabila kereta bergerak, keadaannya okay. Hal ini kerana oksigen akan masuk ke dalam kereta melalui enjin dan bukan udara yang sama beredar-edar di dalam kereta anda.

4. Jika paras oksigen sudah berkurangan ke 16%, anda akan rasa sesak nafas. Sekiranya anda tidur nyenyak, tidak bangun dan tidak keluar dari kereta, anda berkemungkinan boleh rebah dan tidak sedarkan diri.

via GIPHY

5. Paras oksigen akan semakin berkurangan kerana semasa tak sedar, anda masih bernafas dan apabila oksigen hanya tinggal 10%, ia sudah tidak dapat dihantar ke otak dan sistem tubuh tidak dapat berfungsi. Ia boleh menyebabkan kematian.

6. Jika anda ingin berehat di dalam dalam kereta, pastikan buka tingkap sedikit supaya oksigen boleh masuk.

7. Ketika berada di dalam kesesakan jalan raya, kadar oksigen yang masuk ke dalam kereta berkurangan. Itulah punca anda mengantuk. Bukalah tingkap sedikit untuk aliran udara masuk.

 

Jadi, lain kali kalau anda mahu berehat atau berada di dalam kesesakan jalan raya, buka sedikit tingkap untuk pengaliran oksigen. Biarpun selesa untuk berehat dengan penghawa dingin di dalam kereta, langkah berjaga-jaga perlulah diambil supaya anda sentiasa berhati-hati.

 
 
 
Comments