Bekas Ratu Cantik, Jo Anna Sah Bergelar Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah

Cantik, bijak dan turut bergelar naib juara Bintang RTM 2009.


  • Share:

Bekas Ratu Cantik, Jo Anna Sah Bergelar Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah

Masihkah anda ingat pada bekas ratu cantik yang terjun ke bidang politik apabila bertanding di kerusi parti Warisan Sabah mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu, Sabah, Jo-Anna Sue Henley Rampas?

 

Gadis berusia 28 tahun ini sah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

 Setiausaha politik Ketua Menteri Sabah.

Tulis Jo Anna di laman sosial Instagramnya, dia akan menggalas jawatan itu bagi Kementerian Kewangan negeri.

 

Turut disertakan beberapa keping gambar angkat sumpah, Jo Anna sebelum ini turut menjawat jawatan Timbalan Ketua Wirawati Warisan Sabah.

 Angkat sumpah.

Seramai 19 orang Setiausaha Politik Kementerian Kerajaan Negeri Sabah telah mengangkat sumpah bersaksikan Ketua Menteri semalam.

 Naib juara Bintang RTM 2009.

Selain bertanding di PRU14, nama Jo Anna sudah lama dikenali apabila dia merupakan bekas ratu cantik Unduk Ngadau. Selain cantik, dia turut mempunyai bakat menyanyi.

 

Dia pernah menyertai Bintang RTM 2009 dan menjadi naib juara setelah tumpas pada juara musim itu, Ernie Zakri.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top