Adakah Makanan Di Family Mart Benar-Benar Halal? Ini Penjelasannya!

Apa makanan Family Mart paling korang suka?


  • Share:

Adakah Makanan Di Family Mart Benar-Benar Halal? Ini Penjelasannya!
Kalau di Family Mart, kalau tak makan, tak sah! (Gambar: Rebeccasaw)
Jika dulu agak susah untuk mendapatkan barangan atau koleksi makanan Family Mart kerana cawangannya agak terhad. Kini mereka sudah memiliki kira-kira 40 cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Sebut tentang makanan, paling terliur pastinya aiskrim lembut mereka. Baik vanilla ataupun perisa ‘killer’ mereka matcha! Tidak ketinggalan menu oden mereka.

Bukan itu saja, malah banyak lagi menu daripada Jepun telah dibawa oleh Family Mart.


Namun persoalan berhubung status halal pada menu makanan yang dijual tiba-tiba muncul apabila terdapat netizen yang mengutarakan soalan terbabit di Facebook rasmi Family Mart.

So halal ke guys? Ini jawapan daripada Family Mart.

Menurut Family Mart, kesemua barangan termasuk perkhidmatan makanan dan ready-to-eat diperbuat secara eksklusif daripada bahan halal. Malah proses permohonan Halal daripada JAKIM juga sedang dijalankan.


Buat masa ini, produk yang dijual di kedai sudah pun disahkan halal dan telah membawa logo halal pada pembungkusannya.

Bagi produk yang diimport, kami (Family mart) telah membuat pemeriksaan terhadap produk  untuk memastikan tiada ramuan haram.

So guys, jika ada keraguan anda semua dinasihatkan supaya membaca ramuan barangan terlebih dahulu supaya pembelian dibuat tanpa was-was! 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top