Rojak Daily Logo
Back to top

Empayar Giorgio Armani Terus Gah! Satu Lagi Butik Dibuka

Penyanyi dan pelakon popular dari China pun ada!

0
comments
Empayar Giorgio Armani Terus Gah! Satu Lagi Butik Dibuka
Penampilan khas selebriti terkenal. (Gambar: GA)
Jenama dan ikon fesyen terkemuka Giorgio Armani (GA) berjaya mengekalkan identitinya di serata dunia sejak mula diperkenalkan sekitar 70-an.

Kini empayar GA terus diperluaskan dan yang terbaru adalah di Kuala Lumpur! Semalam telah berlangsungnya pembukaan Armani / KL di Pavilion secara eksklusif dan penuh meriah.


Antara selebriti tempatan dan socialite yang hadir termasuk Marion Caunter, Joe Flizzow, Soong Ai Ling, Kavita Sidhu, Danielle Graham, Debbie Goh, Jane Chuck, Juwei Teoh, JC Chee, Scha Alyahya dan Awal Ashaari.

Paling istimewa sudah pastinya kemunculan penyanyi dan pelakon dari China iaitu Fala Chen.



Majlis permbukaan itu juga diselingkan dengan persembahan khas koleksi Fall / Winter 2018 untuk Giorgio Armani dan Emporio Armani. Anda lihatlah sendiri, bertapa eksklusifnya butik terbaru GA ini.



Butik ini terletak di Lot 2.11 dan Lot 3.12, Pavilion Kuala Lumpur.
 
 
Comments