Rojak Daily Logo

Pusat Taman Tema Asia Tenggara?

0
comments
Pusat Taman Tema Asia Tenggara?
Menariknya jika dapat menikmati hidupan marin di taman tema baru yang bakal dibuka di Desaru. (Gambar: www.orlandosentinel.com)

Bangi Wonderland Theme Park & Resort yang menawarkan 15 jenis permainan bakal dibuka antara Ogos atau September ini, taman tema yang terletak di kawasan penempatan baru Bangi Avenue tentunya bakal menjadi tarikan terbaharu. Proses pembinaan hampir siap sepenuhnya dengan tarikan utama gelongsor air terpanjang di Malaysia.

Selain Bangi Wonderland Theme Park & Resort, terdapat beberapa taman tema lain yang bakal menemui anda seperti Movie Animation Park Studios di Ipoh, Jurassic Park di Melaka, Ubisoft di Kuala Lumpur, Eco Marine Theme Park di Melaka, Ocean Quest Marine Theme Park and Ocean Splash Water Park di Desaru, Langkawi Eco Theme Park dan Splash Park di Port Dickson. Menghangatkan pembukaan taman-taman tema ini, kami senaraikan lima taman tema paling awesome yang bakal dibuka di Malaysia.

Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh

Taman tema animasi pertama di Asia ini bakal dibuka pada penghujung tahun ini di tapak berkeluasan 22 ekar dan menelan belanja RM450 juta. MAPS menawarkan 40 tarikan di enam zon bertemakan DreamWorks Adventure Zone yang menampilkan Mr Peabody and Sherman, Megamind, The Croods, Casper the Friendly Ghost, The Smurfs Live Animation Attractions, Home of BoBoiBoy dan Malaysia Tallest Drop Tower.

Melihat trailer ini sudah cukup untuk menarik kami ke sana. Dengarnya tiket untuk pengunjung awal juga telah habis terjual walaupun pembukaan taman tema ini dijadualkan pada Disember nanti. Maklumat lanjut, layari www.mapsperak.com.


Gambar: www.mapsperak.com

Gambar: www.mapsperak.com

Gambar: www.mapsperak.com

Ubisoft Theme Park di Kuala Lumpur

Sebuah kompleks tertutup berkeluasan 10,000 meter persegi ini bakal menjadi tumpuan gamer pada tahun 2020. Pembinaannya dijangka bakal dimulakan tahun hadapan. Menariknya, taman tema ini bakal menampilkan tarikan utama berasaskan permainan video keluaran Ubisoft seperti Assassin's Creed, Just Dance, Ghost Recon serta Tom Clancy’s The Division dan menjanjikan pengalaman secara virtual reality. Inilah lokasi terbaik untuk anda masuk ke alam permainan video yang mengasyikkan.

Gambar: leveluphaffle.com

Buat anda yang kurang mengenali permainan yang kami maksudkan, video ini dapat membantu.

Assassin's Creed:

Just Dance:

Ghost Recon:

Tom Clancy’s The Division:

Ocean Quest Marine Theme Park and Ocean Splash Water Park di Johor

Mengapa taman tema yang bakal dibuka di Desaru, Johor ini menarik? Kerana ianya berbeza dan lain daripada yang lain dan merupakan sebuah taman laut interaktif yang memberi tumpuan kepada spesies terancam.

Taman ini dibahagikan kepada dua zon. Zon pertama atau Ocean Quest Marine Theme Park akan didirikan sebuah akuarium untuk perlindungan spesies marin terancam. Zon kedua atau Ocean Splash pula taman tema air dengan pelbagai aktiviti air menarik. Ocean Quest dibina hampir menyamai Discovery Cove di Orlando, Florida manakala Ocean Splash pula boleh disamakan dengan Typhoon Lagoon juga di Orlando, Florida dari segi tema dan rekaan.

Gambar: discoverycove.com

Discovery Cove:

Typhoon Lagoon:

20th Century Fox Theme Park di Genting Highlands

Terletak di Genting Highlands, taman tema ini pada peringkat awal dirancang untuk dibuka pada tahun ini namun melihat kepada faktor ekonomi negara, pelancarannya ditunda kepada tahun 2017. Taman Fox pertama di dunia ini mempunyai lebih 25 permainan dengan tarikan berdasarkan filem keluaran Fox seperti Ice Age, Life of Pi, Alien, Predator, Titanic dan Night at the Museum.

Gambar: blog.rwgenting.com

Jurassic Park di Melaka

Bayangkan filem Jurassic Park yang anda tonton, benar-benar berada di alam realiti di depan mata. Segalanya mungkin sekiranya Jurassic Park dibuka di Klebang, Melaka. Projek bernilai RM200 juta yang dibina bersebelahan Melaka Sea World itu akan mempamerkan 200 spesies dinosaur melalui kaedah hidrolik dan elektronik.

Gambar: www.scape.sg

Ada pastinya seperti kami yang teruja dan tertunggu-tunggu pembukaan taman tema ini. Sabar, kita nantikan pengumuman selanjutnya tentang tarikh pembukaannya.

 
 
Comments