Percaya Atau Tidak, Jam Pintar Ini Jauh Lebih Mahal Daripada iPhone XS Max 512GB!

10 kali ganda harga Apple Watch.


  • Share:

Percaya Atau Tidak, Jam Pintar Ini Jauh Lebih Mahal Daripada iPhone XS Max 512GB!
Jenama fesyen pun dan masuk gelanggang hasilkan jam pintar (Gambar: Tekkarsenal)
Baru-baru ini pengeluar cip pemprosesan, Qualcomm mengumumkan cip jam pintar terbaru mereka iaitu Snapdargon Wear 3100. Cip ini akan digunakan oleh kebanyakan jam pintar pada masa akan datang.

Namun, dalam pada mereka mengumumkan cip terbabit, senarai peranti yang bakal menggunakannya juga turut diperkenalkan.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah jenama fesyen terkenal Louis Vuitton (LV) sekali lagi tersenarai sebagai antara model bakal dipasarkan.

Kehadiran jam mewah ini telah dikenal pasti selepas ia muncul di senarai FCC (Federal Communications Commission) dan berkemungkin akan berada di pasaran tidak lama lagi.


Tiada maklumat lanjut mengenai spesifikasi jam ini, namun apa yang pasti harga jam pintar ini sekitar RM10,000 ke atas memandangkan jam LV Tambour Horizon sebelum ini dijual pada harga RM10,367.
Untuk anda yang meminati jenama LV, nantikan kemunculan model baru ini! 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top