Rojak Daily Logo
Back to top

Kaki Sneakers Wajib Datang 'Sneakerlah' Hujung Minggu Ini

Beli tiket masuk anda cepat!

0
comments
Kaki Sneakers Wajib Datang 'Sneakerlah' Hujung Minggu Ini
Foto: Sneakerlah

Apa konvensyen yang paling sesuai untuk anak muda? Haruslah konvensyen kasut. Paling best untuk semua penggemar kasut sneaker, konvensyen sneaker paling besar dan popular, Sneakerlah akan berlangsung pada hujung minggu ini!

Kaki sneaker wajib datang.

Diadakan di Hall 1 dan 2, Mid Valley Exhibition Centre (MDVC) pada 6 dan 7 Oktober ini, anda boleh dapatkan pelbagai jenama kasut dari Vans, Converse, Puma, Timberland dan juga jenama lokal seperti Stoned & Co dan Major Drop serta 60 pembekal lain!

 

Disinilah anda boleh beli, jual dan trade in sneakers.

 I want!

Jika Sneakerlah tahun 2017 menerima hampir 25,000 pengunjung, acara untuk tahun ini lebih besar dan meriah! Sneakerlah tahun ini juga akan mempamerkan koleksi jenama Supreme terbesar Malaysia serta pameran 150 pasang Adidas EQT.

 Ada pertandingan skateboard juga.

Selain ribuan sneakers, turut diadakan pertandingan papan luncur, sesi ubah suai sneaker serta persembahan istimewa dari Aman Ra, DJ Blink, Curzon, Nazkimo dan juga Kayda.

 Sneakerlah tahun ini lebih gempak!

Tiket masuk ke Sneakerlah sudah mula dijual pada harga RM15 untuk kedua-dua hari dan tiket VIP berharga RM50. Pengumpul sneakers, kaki kasut dan pencinta fesyen gaya jalanan boleh dapatkan tiket Sneakerlah anda di sini. Jangan lambat!

 
 
Comments