Rojak Daily Logo
Back to top

Filet Ayam Diapit Belgian Waffle? Wow, Yakinnya KFC!

Let's burgerm-bira!

0
comments
Filet Ayam Diapit Belgian Waffle? Wow, Yakinnya KFC!

YAS, kini anda tak payah berhabis duit untuk ke Belgium untuk menikmati Belgian waffle!

YASSSSS!

KFC akan buat dunia sepi anda kembali berbunga-bunga dengan sensasi terbaharu mereka, KFC Zinger Waffle. Ciptaan terbaharu ini merupakan sebuah olahan unik daripada burger Zinger KFC yang asal kepada hidangan burger luar biasa.

 Filet ayam diapit waffle empuk.

Lupakan roti burger biasa, Zinger Waffle ini menampilkan wafel Belgian empuk yang mengapit filet ayam Zinger pedas bersama kepingan ayam rangup.

 

Tambah lazat apabila dicurahkan dengan sirap mapel manis bersama sos mayo KFC bagi menghasilkan kombinasi menyelerakan di antara manis dan pedas bersama ciri empuk dan rangup.

 Sangat mengenyangkan!

KFC Zinger Waffle Burger boleh didapati secara à la carte bermula daripada RM13.50. Hidangan masa terhad ini juga terdapat di dalam kombo dan Mega Box. Kombo Zinger Waffle Burger didatangkan bersama Crispier Fries dan minuman Pepsi Black.

 Kombo Mega Box.

Manakala, Mega Box didatangkan bersama seketul ayam Hot & Spicy atau Original Recipe.

 

Zinger Waffle Burger mula boleh didapati di KFC Delivery dan semua restoran KFC seluruh negara bermula esok! Selamat mencuba.

 
 
Comments