CLOSE
CLOSE

Netizen Tak Boleh 'Move On', Bawa Semangat PASKAL Hingga Ke Luar Panggung

The best never rest.


  • Share:

Netizen Tak Boleh 'Move On', Bawa Semangat PASKAL Hingga Ke Luar Panggung
Filem PASKAL dianggap sebagai filem ketenteraan terbaik pernah dihasilkan. Buktinya filem ini berjaya mengutip RM2 juta pada hari tayangan pembukaan minggu lalu.

Malah selepas empat hari tayangan, filem PASKAL kini mencecah RM7.5 juta! Anda boleh baca review penuh kami di sini, 10 Sebab Mengapa PASKAL Filem Terbaik Tahun Ini.



Namun, keterujaan penonton ini tidak terhenti di situ. Ada yang dilihat terbawa-bawa semangat PASKAL hingga ke luar wayang.

Habis ditirunya gaya latihan dan serangan taktikal PASKAL! Anda boleh saksikan antara parodi yang dibuat oleh netizen.
 
 

Pada anda yang belum menonton filem PASKAL, ia berkisarkan tentang kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Kedua-dua insiden ini diinspirasikan daripada kisah benar!

Filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top