CLOSE
CLOSE

G-Shock Terbaru Kini Lebih 'Transparent' Dan Nampak Mewah!

Ada empat model kesemuanya.


  • Share:

G-Shock Terbaru Kini Lebih 'Transparent' Dan Nampak Mewah!
Amacam? Padu tak? (Gambar: G-Central)
Lihat kiri dan kanan anda sekarang, pasti ada yang memakai jam tangan G-Shock (lelaki khususnya).

Jenama ini boleh dikatakan antara paling popular ketika ini. Rekaan ikoniknya masih diminati hingga sekarang, baik golongan muda atau tua.

Namun bagi edisi terbaru ini, G-Shock menampilkan sedikit kelainan menerusi koleksi transparent Glacier Gold

Nampak lebih...emas!
Anda boleh lihat gaya lutsinarnya pada strap jam ini manakala warna emas pada ruang case dan face watch. Boleh dikatakan antara kombinasi yang unik.

Untuk makluman ada empat versi ditampilkan yang mana dua daripadanya mengekalkan rekaan retro manakala dua lagi rekaan moden.

Cantik bukan?
Casio G-Shock Glacier Gold bakal dijual dalam lingkungan harga RM661 hingga RM2735 dan berkemungkinan dijual pada Oktober ini.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top