CLOSE
CLOSE

Daripada Bayar Ucapan Janna Nick, Ini Yang Anda Boleh Dapat Dengan RM50

Boleh dapat satu bucket ayam KFC!


  • Share:

Daripada Bayar Ucapan Janna Nick, Ini Yang Anda Boleh Dapat Dengan RM50
Foto: Instagram @jannanick dan 123RF

Senangnya orang buat duit sekarang, tambah-tambah orang yang ada pengaruh, sigh.

 

Pernah dengar istilah 'tanpa peminat, siapalah artis', kasihan peminat apabila mahukan ucapan 'ikhlas' daripada artis kesayangan pun dah kena bayar.

 

Terbaharu, pelakon, pengacara dan penyanyi Janna Nick, memperkenalkan perkhidmatan ucapan berbayar, #WishServiceByJannaNick untuk mereka yang ingin menggunakan khidmatnya memberikan ucapan hari jadi.

 

Sebelum ini, kami juga pernah mendapatkan ucapan hari jadi dari penyanyi popular Indonesia, Agfan, Hael Husaini dan Syafiq Kyle, alhamdulillah ucapan hari jadi mereka percuma.

 

Tapi, fikir. Sebelum anda menghabiskan RM50 untuk ucapan hari jadi, apa kata gunakan nilai itu untuk perkara lain. Antaranya:

1. Kad Touch n' Go

Legaaaa kalau ada orang topup kad Touch n' Go

Kalau tambah nilai RM50 kad Touch n' Go, silap-silap boleh tahan sebulan perjalanan anda pergi dan balik kerja. Apatah lagi berikan pada orang tersayang, pastinya lebih bermakna. Selain tol, anda juga boleh isi minyak kereta RM50. Kalau Myvi atau Saga, lepas empat bar minyak!

Jumlah: tambah nilai RM50

 

2. KFC Bucket Combo

Kenyang weh dapat ni!

Sambutan hari jadi tak lengkap tanpa hidangan KFC. Daripada anda habiskan RM50 untuk ucapan artis dan selepas itu berlapar, baik anda terus ke KFC dan pesan Bucket Combo. Hidangan sembilan ketul ayam ini boleh dinikmati hampir lima orang. Burp, kenyang.

Jumlah: RM48.50

 

3. Tshirt Durian Rojak Daily

Ayuh support jenama lokal.

Baju juga sering menjadi hadiah untuk orang tersayang apabila tibanya hari jadi. Baju apa yang anda boleh beli dengan RM50, kini kami dengan kerjasama Havan Clothing telah mengeluarkan tshirt edisi khas dengan tema Malaysia. Dengan corak raja buah, durian, anda boleh dapatkannya di sini.

Jumlah RM49.00

 

4. Tudung Naelofar Hijab

Sejuk mata memandang.

Perempuan mesti suka kalau dapat hadiah tudung. Kalau lihatkan pada jenama-jenama terkenal hijab di Malaysia, agak payah anda nak jumpa tudung dengan harga RM50. Namun, tudung di Naelofar Hijab dari rangkaian Sophia ini anda boleh dapat dengan harga RM50. Berbaloi! Mesti cantik macam Neelofa. 

Jumlah: RM50

 

5. Contour & Color Lipstick Duo Sephora

Sale, boleh sambar tiga terus!

Wanita dan solekan memang tak dapat dipisahkan. Buka sahaja laman web Sephora, pergi ke bahagian 'sale', anda akan jumpa alat solek dari pelbagai jenama yang berharga kurang dari RM50. Seperti yang kami jumpa ini, lipstick dua tona dari jenama Sephora, hanya berharga RM16.50! Okay, tiga batang lipstick 'add to cart'.

Jumlah: RM16.50 (RM16.50 x 3 = RM49.50)

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top