CLOSE
CLOSE

Visit Dubai Pada Musim Sejuk? Why Not!

Boleh larikan diri dari musim tengkujuh.


  • Share:

Visit Dubai Pada Musim Sejuk? Why Not!
Foto: Visit Dubai

Kalau sebelum ini anda selalu memilih benua eropah untuk menikmati musim sejuk, apa kata kali ini pergi ke destinasi yang lebih dekat sedikit untuk merasai cuaca dingin.

Happening gila!

Menurut penyelidikan Agoda.com bagi Trend Percutian Keluarga 2018, Malaysia merupakan antara negara yang mementingkan masa berkualiti bersama keluarga dan pergi bercuti tiga hingga empat kali setahun.

 

Apa yang menariknya Dubai pada musim sejuk ini?

1. Syurga taman tema

Keseronokan taman tema di Dubai.

Taman hiburan untuk keluarga sangat mudah didapati di Dubai. Dari Dubai Parks and Resorts, IMG World of Adventure, Aquaventure of Waterparks dan Wild Wadi Waterparks, ia antara daya tarikan untuk para pengunjung mengalami pengalaman yang menakjukan. Dari taman tema air hinggalah ke taman animasi, percutian anda pastinya lebih menyeronokkan.

 

2. Berkelah di padang pasir dan buat aktiviti Emeriah

Glamping in style!

Kalau pergi negara Timur Tengah, pastinya kita nak nikmati percutian seperti orang lokal. Khemah di tengah padang pasir confirm akan beri kelainan buat anda. Sambil menikmati keindahan alam, anda boleh belajar budaya, tradisi, makanan dan tarian mereka. Jangan lupa cuba aktiviti luncur pasir dan memandu 4X4 sambil hirup udara segar.

 

3.Mendekati hidupan liar

Hidupan liar di Dubai.

Dubai tempat yang sesuai untuk peminat alam sekitar dan pencinta haiwan. Anda boleh ke Dubai Safari Park yang merupakan rumah kepada hidupan liar eksotik dan luangkan masa. Penggemar hutan, anda boleh meneroka hutan hujan tropika yang mempesonakan iaitu di The Green Planet.

 

4. Deretan pantai indah

Burj Al-Arab.

Yes, Dubai menawarkan pantai-pantai indah seperti La Mer, Sunset Beach, The Beach at JBR, Black Palace Beach, Al Mamzar Beach Park dan Kite Beach. Bersantai sambil ambil gambar berlatarbelakangkan menara ikonik Burj Al-Arab, bucket list!

 

Kalau dah tergoda dengan aktiviti-aktiviti di atas, kini ada cara mudah untuk menempah semua aktiviti ini selain daripada semak kepala cari sendiri.

 

Anda boleh muat turun aplikasi Visit Dubai di AppleStore dan PlayStore, segalanya yang anda perlukan seperti tiket penerbangan, penginapan hotel dan sebagainya boleh didapati di sini.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top